Minggu lepas, kecoh diperkatakan mengenai ikatan perkahwinan di antara kakak Neelofa, Noor Nabila dan Engku Emran yang dikatakan bakal terlerai tidak lama lagi.

Pelbagai cerita yang keluar mengenai pasangan ini, namun semalam, Engku Emran telah memuat naik posting menyatakan penghargaan buat ketiga-tiga bekas isterinya iaitu Erra Fazira, Laudya Cynthia Bella dan Noor Nabila.

Isteri2 Engku Emran

Artikel berkaitan: “Kami dalam proses perceraian” – Noor Nabila & Engku Emran Sah Bakal Bercerai

Artikel berkaitan: Viral Gambar Dengan 2 Remaja, Netizen Spekulasi Engku Emran & Fiza Halim Bercinta?

“Saya selalu terfikir kenapa DIA pertemukan saya dengan tiga insan hebat yang menjadi menantu Mummy” 

Menerusi posting yang dikongsikan di Instagram, Engku Emran yang baru kehilangan ibunya ini menyatakan ucapan terima kasihnya kepada netizen, sahabat, rakan kerja dan ahli keluarga yang sudi bertanyakan keadaannya.

Dia juga sedia maklum akan gosip yang bertebaran mengenai dirinya dan memberitahu bahawa keadaan dirinya dan Aleesya (anak) kini baik-baik sahaja.

Seperti saya selalu beritahu Mummy, kita tidak boleh kawal apa yang orang tulis mengenai kita tapi kita boleh kawal apa yang kita nak baca. 

“Rahmat terbesar saya daripada semua ini adalah Mummy tidak lagi di sini untuk membacanya kerana saya tahu dia akan jadi sangat patah hati jika dia masih hidup sekarang,” katanya.

Emran Dan Mummy

Tambahnya lagi, dia juga sering tertanya-tanya mengapa dia dipertemukan dengan tiga wanita yang kemudian menjadi isterinya dan juga menantu kepada ibunya itu.

Saya selalu bertanya kepada Allah dan terfikir kenapa DIA pertemukan saya dengan tiga insan hebat untuk menjadi menantu Mummy. 

“Saya tak pernah keluar mencari mereka atau merancang untuk mengahwini mereka tapi mereka muncul dalam hidup saya ketika saya sedang bekerja dan kemudian kami jatuh cinta. 

“Seorang beri saya anak. Seorang kenalkan saya dengan orang hebat di Indonesia dan membuat haji bersama saya. Dan seorang jadikan saya seorang anak yang baik kepada Mummy. Jadi saya anggap ia adalah pengajaran mengapa takdir kami bertembung,” katanya panjang lebar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by In Safe Hands (@narumkamek)

Engku Emran yang reda dengan apa yang berlaku memohon agar diberikan kekuatan untuk melalui ujian ini, tambahan pula selepas dia kehilangan ibu yang sangat disayangi.

Kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka. 

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *