Eminem calon presiden as

Eminem Arah Calon Presiden AS Hentikan Guna Lagu Ciptaannya

Peguam Eminem dilaporkan telah menghantar surat kepada calon presiden Republikan, Vivek Ramaswamy untuk berhenti menggunakan lagunya semasa berkempen, lapor BBC.

Surat itu dikeluarkan selepas usahawan bioteknologi itu menyampaikan persembahan secara spontan lagu “Lose Yourself” di acara Negeri Iowa.

Surat bertarikh 23 Ogos itu telah dihantar oleh syarikat rekod Eminem, BMI kepada Vivek.

Vivek dikatakan merupakan pesaing untuk menjatuhkan Donald Trump sebagai calon Republikan bagi tahun 2024.

Dalam pada itu, wakil jurucakap Vivek berkata bahawa beliau akan mematuhi permintaan Eminem atau nama sebenarnya Marshall Mathers III.

Surat itu mengatakan bahawa syarikat rekod tersebut telah dimaklumkan oleh Eminem sendiri supaya wakil Republikan itu berhenti menggunakan lagunya.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

“BMI akan memantau sama ada hasil kerja Eminem akan digunakan oleh Vivek dalam kempennya mulai tarikh ini,” kata wakil BMI.

Pendatang baru dalam dunia politik Amerika yang berusia 38 tahun itu dilihat sebagai bintang yang sedang meningkat naik. Beliau dilihat bintang selepas menunjukkan prestasi yang baik dalam debat Republikan pada minggu lalu.

Vivek telah meletakkan dirinya sebagai orang luar yang sanggup membangunkan agenda “American First” oleh bekas Presiden Trump itu.

Sebelum ini, Trump telah menerima berpuluh-puluh surat daripada bintang terkenal termasuk Rolling Stones, Queen, Adele dan Pharrell Williams.

Mereka membantah Trump daripada menggunakan muzik mereka dalam kempen pemilihan presiden yang dilakukannya.

Trump Didakwa Berhubung Kes Bayar Sejumlah Wang Untuk Tutup Mulut

Terdahulu, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis didakwa berhubung penglibatannya dalam kes membuat sejumlah bayaran kepada seorang pelakon filem ‘lucah’.

Perkara itu turut disahkan oleh peguam Trump, Joe Tacopina dan Susan Necheles menerusi satu kenyataan.

“Presiden Trump didakwa. Dia tidak melakukan apa-apa jenayah. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh menentang pendakwaan politik ini di mahkamah,” menurut kenyataan itu.

Trump, 76, dikatakan bekas presiden AS pertama dalam sejarah Amerika yang didakwa atas tuduhan jenayah yang masih belum didedahkan.

Tuduhan ke atasnya belum diumumkan pada masa ini, menurut CNN, memetik sumber.

Sumber: BBC

The post Eminem Arah Calon Presiden AS Hentikan Guna Lagu Ciptaannya appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *