elon musk nama anaknya

Elon Musk Dedah Maksud Serta Cara Nak Sebut Nama Anaknya “X Æ A-12”

Setiap orang di atas muka bumi ini pasti ingin menamakan anak mereka dengan nama yang membawa makna yang baik-baik.

Nama yang baik ini juga diberi agar dapat mempengaruhi makna dan sifat disebalik nama yang diberikan apabila dewasa kelak.

Namun berbeza dengan salah seorang bilionair dunia iaitu Elon Musk, di mana dia telah memilih nama yang unik untuk anak lelakinya.

Elon Musk telah memilih nama X Æ A-12 buat anak lelakinya yang telah lahir pada Mei 2020 yang lalu.

Disebabkan nama yang unik itu, orang ramai tertanya-tanya apa maksud dan bagaimana sebutan untuk nama yang diberikan itu.

Menerusi temu bual atau podcast Musk bersama Joe Rogan, Musk akhirnya telah mendedahkan berkenaan cara sebutan serta makna nama anak lelakinya itu.

Menurut Musk, huruf X dihadapan nama anaknya itu disebut sebagai X sebutan biasa. Manakala Æ pula sebagai Ash yang biasa dijumpai dalam aksara beberapa bahasa termasuk Denmark dan Norway.

“Maksud saya ia hanya X, huruf X dan ‘Æ’ disebut ‘Ash’. A-12 ialah sumbangan saya di mana ia bermaksud ‘Archangel 12, pelopor kepada SR-71. Sebuah pesawat paling hebat yang pernah ada,” kata Musk dalam podcast tersebut.

Bayi lelaki tersebut telah lahir pada 4 Mei 2020 lalu oleh pasangan Musk yang bernama Grimes.

@adil.d.erdogan

The name of Elon Musk’s son 🫨 #joerogan #podcast #elonmusk

♬ Originalton – Adil D. Erdogan

“Bersaing Tak Mengapa, Menipu Itu Tidak,” Elon Musk Bidas Mark Zuckerberg Kerana Threads

Terdahulu, Musk mendakwa Meta telah menipu dalam pembangunan aplikasi terbaru Threads yang menjadi tarikan utama pada masa ini.

Memetik Mint, Elon Musk telah memuat naik satu ciapan berkenaan dakwaan tersebut sebelum ianya menjadi tular di media sosial.

Dalam pada itu, berita berkenaan wakil peguam Twitter yang menghantar surat ancaman kepada Mark Zuckerberg juga telah tersebar di dalam talian.

Aplikasi terbaru itu telah menyaksikan pelancaran yang sangat berjaya, selepas Mark mendedahkan bahawa lebih 10 juta pengguna telah mendaftar dalam tempoh tujuh jam pertama.

BACA: Dah Cuba Macam-Macam Perniagaan, Pasangan Tak Sangka Idea Meniaga Nasi Lemak Myvi Merah Berhasil

Sumber: TikTok/@adil.d.ergogan, CNET

The post Elon Musk Dedah Maksud Serta Cara Nak Sebut Nama Anaknya “X Æ A-12” appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *