Penculikan adalah antara jenayah yang sering terjadi di mana-mana negara dan tak kira kanak-kanak, remaja atau orang dewasa, semua mempunyai risiko untuk diculik.

Penculikan kanak-kanak biasanya dibuat oleh salah seorang ibu bapa manakala penculikan orang dewasa pula biasanya bermotifkan untuk mendapatkan wang tebusan. Namun begitu, ada juga kanak-kanak dan orang dewasa yang diculik untuk didera secara seksual.

Disebabkan ini, banyak negara yang mengutamakan kes orang hilang terutamanya bila mangsa merupakan orang bawah umur.

Kali ini kita akan ceritakan mengenai pengalaman Elizabeth Shoaf yang diculik ketika berusia 14 tahun oleh seorang lelaki bernama Vinson Filyaw dan macam mana remaja ini boleh terlepas selepas 10 hari dikurung di dalam bunker.

Artikel berkaitan: Michaela Garetch: Diculik Masa Main Skuter Waktu Siang, Lepas 32 Tahun Baru Kes Selesai

 

Artikel berkaitan: Kayla Unbehaun: Kanak-kanak Diculik Ketika Usia 9 Tahun Ditemui Selamat Lepas Ceritanya Keluar Netflix

Vinson Filyaw

070919 Message Vsm 2P

Walaupun bapanya meninggal dunia ketika dia masih bayi, lelaki ini dibesarkan dalam keluarga yang normal selepas ibunya berkahwin semula. Sebagai remaja, Vinson yang juga merupakan seorang pengakap gemar melakukan aktiviti-aktiviti luar seperti berkhemah.

Pun begitu ketika remaja juga, Vinson telah mula berjinak-jinak dengan alkohol sehingga menjadi ketagih dan doktor turut mendakwa ia merupakan penyebab berlakunya kerosakan kepada otak lelaki ini.

Sebelum menginjak dewasa, ketagihannya terhadap alkohol tidak boleh dibendung jadi bila dia mula kenal dengan seorang wanita bernama Cindy Hall, dia melihat hubungan tersebut sebagai satu pengganti kepada tabiat alkoholnya.

Cindy merupakan ibu tunggal kepada tiga orang anak dan Vinso mula membuat kerja-kerja binaan bagi menampung kekasihnya itu dan anak-anaknya. Vinson mengatakan yang dia mula rapat dengan anak-anak Cindy terutamanya Peanut.

Kemudian, pada penghujung 2005, Peanut telah mengadu kepada gurunya bahawa Vinson telah membuat penderaan seksual ke atasnya. November tahun yang sama, pihak polis telah menjalankan siasatan ke atas dakwaan tersebut dan dari maklumat yang diterima, Vinson memang dilihat bersalah.

Kerana enggan masuk penjara, Vinson telah melarikan diri ke dalam hutan dan tinggal di sana. Pada awalnya, lelaki ini tinggal di khemah sebelum dia membuat keputusan untuk membuat bunker dan mula menggali tanah.

Menurut Vinson, bunker yang dibuatnya ini mempunyai semua perabot yang boleh didapati di rumah termasuk tandas dan tempat masak. Dia juga turut menyimpan satu telefon bimbit di dalam bunker tersebut dan perkakasnya dinyalakan melalui sistem 12-voltan.

060916 Missing Found Vmed 6P

Walaupun dia cuba untuk merahsiakan lokasi tempat tinggal barunya ini, tempat ini sangat dekat dengan laman belakang rumah Cindy dan pada waktu malam lelaki ini akan keluar untuk berjumpa dengan teman wanitanya itu.

Namun begitu, dia menyedari yang Peanut telah pun diletakkan dalam jagaan orang lain namun tetap menyimpan dendam terhadap kanak-kanak tersebut kerana telah memberitahu orang tentang perbuatannya.

Vinson telah membeli gari, cermin mata penglihatan malam, taser dan sepucuk pistol. Dia berniat untuk menculik dan menyeksa Peanut namun disebabkan gadis itu kini bersama keluarga lain, dia perlu membuat perancangan baru.

Rancangan kedua adalah untuk menculik orang lain dan alihkan perhatian pihak berkuasa kepada satu kawasan dan letupkan mereka semua.” – Vinson Filyaw.

Malangnya mangsa terbarunya itu adalah Elizabeth Shoaf…

Penculikan Elizabeth Shoaf

Elizabeth Shoaf The Girl In A Bunker

Vinson kini bersengkang mata untuk mencari mangsanya dan pada 6 September 2006, dia telah melihat Elizabeth Shoaf turun dari bas sekolahnya.

Vinson telah memakai kostum polis dan menyamar menjadi pegawai polis sebelum mendekati Elizabeth dan membuat cerita mengenai remaja ini ditangkap atas kesalahan memiliki ganja dan menggarinya.

Vinson kemudiannya telah membawa Elizabeth ke dalam hutan menuju ke bunker. Di sana, lelaki ini telah mengarahkan mangsanya itu untuk bogel dan rantai mangsanya di leher sebelum merogolnya.

Penderaan seksual ini diteruskan ke atas Elizabeth selama 10 hari namun Vinson tetap menganggap semua ini sebahagian dari perancangannya untuk mendapatkan Peanut.

Ketika diculik dan diseksa, Elizabeth sedar bahawa satu-satunya cara untuk dia terlepas dari “penjara bawah tanah” ini adalah dengan membuat penculiknya suka padanya.

Saya akan buat apa yang dia suruh saya buat. Dia selalu panggil saya baby dan saya akan panggil dia dengan panggilan itu juga. Dia juga turut memberitahu yang dia cintakan saya dan saya katakan saya cintakan dia dan berpura-pura seperti saya benar-benar sukakan dia dan mahu bersamanya.”

Rancangan Elizabeth ini berjaya, mereka mula menjalinkan hubungan dan Vinson tiba-tiba menunjukkan rasa simpati kepada gadis ini dan mula melepaskannya dan membenarkan dia untuk keluar dan bermain game di telefon bimbitnya.

Kemudian, pada satu malam ketika Vinson sedang tidur, Elizabeth telah meneruskan rancangan untuk menyelamatkan dirinya. Iaitu menghantar mesej kepada ibunya.

Cara Elizabeth Shoaf selamatkan diri

70F3C21F7Bbb40E389A4F91A9981Dd2D

Hi mom, saya di dalam lubang berhadapan dengan Bukit Charm tempat lori besar keluar masuk. Ada bom. Tolong hubungi polis.”

Pada awalnya, pasukan penyiasat skeptikal apabila melihat mesej tersebut. Pada mereka, ia mungkin merupakan klu terbesar dalam kes orang hilang atau ia hanyalah prank kejam oleh orang tak bertanggungjawab.

Pun begitu, mereka membuat keputusan untuk menyiasat perkara tersebut dan mula menjejaki lokasi telefon sebelum mereka mengepung bunker tersebut.

Vinson pula yang sering mengikuti berita semasa telah mengetahui bahawa pihak polis tahu dengan lokasi tempat tinggalnya ini melalui mesej dan mula marah, takut dan panik.

Pada masa yang sama, lelaki ini juga sedar yang rancangannya telah berjaya. Dia telah membuatkan pihak berkuasa berkumpul di tempatnya. Dia mula merancang untuk melarikan diri dengan mencuri salah satu kereta yang ada di situ namun sukar kerana semua tempat telah dikepung.

Kerana takut ditembak, Vinson telah menyerah diri sebelum dia dihampiri oleh tiga anggota polis yang mula membelasahnya sebelum membawanya ke balai.

Nintchdbpict000003589990.Jpg

Selepas ditangkap, Vinson cuba untuk mempergunakan popularitinya dengan kekejaman yang dia telah lakukan terhadap Elizabeth.

Lelaki ini telah menulis manuskrip sebanyak 120 mukasurat mengenai jenayahnya serta beberapa sumber tentang fakta bahawa ada orang yang telah berkahwin pada usia 12 tahun bagi menjustifikasikan perbuatannya.

Manakala Elizabeth pula telah meneruskan kehidupannya. Walaupun pihak polis berjaya menyelamatkan dia, mereka tak mahu ambil kredit kerana menurut mereka, remaja ini telah selamatkan dirinya sendiri.

Vinson telah dijatuhkan hukuman penjara selama 421 tahun namun meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 2021 di usia 51 tahun.

Sumber: ati

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *