ebit lew solat jenazah bella

Ebit Lew Ziarah, Imamkan Solat Jenazah Bella Di HSI

Pendakwah terkenal, Ebit Lew dilapor telah mengimamkan solat jenazah buat arwah Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella selepas mengunjungi keluarganya di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor pada Rabu.

Lapor Sinar Harian, kehadirannya adalah untuk memberi semangat kepada keluarga mangsa.

“Ya, saya imamkan solat jenazah di dalam tadi, nanti di Masjid di Batu Pahat, ada solat jenazah lagi sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar keluarga Bella bersabar dan tabah dengan ujian serta dugaan yang dihadapi.

“Kehadiran saya ke sini (Johor Bahru) adalah untuk menziarahi keluarga Bella bagi memberi sedikit sumbangan dan semangat, Nabi bersabda sesiapa yang ditimpa musibah ALLAH akan beri kebaikan sama banyak.

“Mudah mudahan ALLAH memberi kesabaran, rahmat dan kebaikan mencurah-curah kepada keluarga ini,” katanya.

Pada 19 Januari lalu, media melaporkan rangka mayat Bella telah ditemui di sebuah rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di Batu Pahat.

Difahamkan juga, kira-kira jam 2.50 petang jenazah Bella telah dibawa keluar meninggalkan pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HSI hari ini untuk dibawa ke Masjid Jamek Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat.

Pada hari yang sama juga, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Banang Jaya, Batu Pahat.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Ebit Lew Hadiahkan Ibu Tunggal Motor Y15

The post Ebit Lew Ziarah, Imamkan Solat Jenazah Bella Di HSI appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *