dunia penyakit x

Dunia Diingatkan Waspada Penyakit X – WHO

Dunia diingatkan untuk bersiap siaga dalam menghadapi kemungkinan kemunculan penyakit X, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor CNN.

Peringatan persediaan itu ditekankan oleh Setiausaha Agung WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus selepas penyakit tersebut dibincangkan sekali lagi di Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang dilaksanakan di Davos, Switzerland.

Menurutnya, satu kesepakatan antara semua negara akan dicapai pada Mei ini berkenaan dengan cara untuk menangani Penyakit X itu.

“Perjanjian pandemik boleh menyatukan semua pengalaman cabaran yang kita hadapi pada masa lalu dan semua penyelesaian (apabila dicantumkan) menjadi satu.

“Kita tidak sepatutnya menghadapi perkara yang tidak bersedia, kita juga boleh bersedia untuk beberapa perkara yang tidak diketahui,” katanya di Forum Ekonomi Dunia.

Apabila mengulas tentang kepentingan penyelidikan dan pembangunan serta infrastruktur kesihatan dan tenaga kerja untuk persediaan menghadapi Penyakit X, Ghebreyesus menegaskan bahawa kesihatan primer adalah sangat penting.

Perkara itu boleh dilihat semasa wabak pandemik COVID-19 merebak beberapa tahun yang lalu.

BACA: Penyakit X Dijangka Lebih Mudah Tersebar, Mengancam Nyawa Seperti Ebola – KKM

“Malah masyarakat boleh bersiap sedia untuk Penyakit X,” ujarnya.

Jelasnya, kesihatan awam, pendidikan dan komunikasi mesti menjadi keutamaan masyarakat pada masa ini.

Beliau turut menekankan bahawa kepentingan yang dicapai dalam perjanjian wabak itu mampu membantu dunia untuk lebih bersedia pada masa depan.

“Oleh kerana ini adalah musuh bersama dan tanpa tindak balas yang sama, bermula dari kesiapsiagaan… kita akan menghadapi masalah yang sama seperti COVID,” tambahnya.

Ghebreyesus turut berharap agar negara-negara akan mencapai kesepakatan berkenaan dengan perjanjian pandemik itu pada Mei 2024 nanti.

Beliau juga berkata jika generasi yang berpengalaman pada masa ini tidak boleh melakukannya maka ia memberi kebimbangan terhadap generasi akan datang.

Ujarnya, ia membuatkan beliau berfikir bahawa generasi yang akan datang tidak mampu melawan penyakit tersebut.

“Jadi demi anak dan cucu kita,…kita mesti menyediakan dunia untuk masa depan,” jelasnya.

Sumber: CNN Indonesia

BACA: Virus ‘Zombie Rage’ Didakwa Mungkin Cetus Pandemik Polio Purba

The post Dunia Diingatkan Waspada Penyakit X – WHO appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *