Seperti yang kita tahu, untuk menjadi seorang doktor bukanlah sesuatu mudah. Banyak tapisan yang perlu dilalui oleh bakal doktor seperti cemerlang subjek hardcore di peringkat SPM salah satunya adalah subjek Biologi. Selain itu, mereka juga mestilah menghabiskan latihan housemanship selepas lulus dalam bidang perubatan.

Artikel berkaitan: “Sepatutnya tak dapat tapi” – Wanita Mengaku ‘Kawtim’ Dengan Doktor, Guna Dana Kerajaan Buat Braces 

Artikel berkaitan: Tular Kisah Sedih Doktor Kematian Isteri & Anak, Netizen Dedah Rupa-rupanya Ia ‘Fake

Walau bagaimanapun, baru-baru ini kantoi seorang lelaki dari negara seberang, Indonesia didapati menjadi doktor ‘palsu’ selama dua tahun!

Pexels Rfstudio 3825529 1
Gambar hiasan

Menurut laman web Surabaya Kompas, lelaki lepasan Sekolah Menengah Atas (SMA) di Surabaya, Jawa Timur (Jatim) dikatakan ‘lulus’ menjadi seorang doktor perubatan selepas melalui temuduga melalui panggilan telefon.

Pada April 2020, doktor ‘palsu’ yang bernama Susanto pada mulanya memohon kerja di Hospital Pelindo Husada Citra (PHC) Surabaya yang ketika itu juga menawarkan jawatan kosong dalam bidang perubatan.

Oleh sebab itu, Susanto bertindak memalsukan semua dokumen yang diperlukan untuk menjadi doktor di hospital tersebut termasuklah surat pengakuan ijazah kedoktoran dan sijil ‘Hiperkes’ (Hygiene Perusahaan Ergonomi dan Kesehatan).

Selain itu, Susanto yang juga menukar namanya kepada Dr. Anggi Yukirno telah memperoleh semua dokumen melalui internet sebelum dia memohon jawatan tersebut menerusi emel.

Walau bagaimanapun, penipuan Susanto akhirnya terbongkar ketika dia mahu menyambung kontrak jawatan doktor tersebut kerana didapati dokumen-dokumen yang diberikan adalah palsu. Susanto akhirnya ditahan dan dibicarakan di mahkamah pada 11 September lalu.

Ketika dalam perbicaraan, Susanto didakwa mendapat gaji bulanan sebanyak 7.5 juta rupiah (RM2,286) dan beberapa elaun yang lain. Tambahan pula, setelah selesai permohonan, lelaki itu dipanggil temuduga secara atas talian sebelum diminta untuk mula bekerja pada bulan Jun 2020.

Sumber: Kompas

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *