Pada 20 Spetember lalu, sebuah kemalangan maut berlaku di Putrajaya yang melibatkan 14 buah kenderaan dan dua nyawa terkorban.

Hari ini, pemadu treler yang terlibat dalam kemalangan tersebut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan memandu secara berbahaya.

Menurut laporan Astro AWANI, Muhammad Izzatul Shafik Mozahari membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Aima Nabila Muhammad Azhar.

Artikel berkaitan: Kes Kemalangan Di Putrajaya: Polis Jangka Pemandu Lori Rempuh Kenderaan Mungkin Sebab Main Handphone

Artikel berkaitan: “Thank you so much TPM” – Zahid Hamidi Dipuji, Tolong Lelaki Kemalangan Motor

Merujuk kepada pertuduhan, tertuduh yang memandu treler jenis Foton Auman didakwa memandu secara berbahaya dan menyebabkan kematian Faris Haziq Abu Bakar dan Yuswar Mohd Uyus di KM 5.8 Persiaran Utara pada jam 10.14 pagi, Isnin lalu.

Cats 53

Difahamkan, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda tak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding dijalankan, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Amalina Abu Hanifah mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 namun lelaki berusia 29 tahun yang tidak diwakili peguam itu merayu kadar berkenaan dikurangkan.

Pun begitu, selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua belah pihak, Aima Nabila membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Selain itu, sebutan semula kes ini ditetapkan pada 25 Oktober depan, sebagai info, kemalangan ini membabitkan 14 kenderaan iaitu treler, tujuh kereta dan lima motosikal termasuk sebuah motosikal polis trafik.

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Astro AWANI

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *