dua beradik rentung tanpa ibu bapa

Ditemui Rentung, Dua Beradik Ditinggal Sendirian Tanpa Ibu Bapa – Bomba

Mayat dua beradik ditemui rentung di kediaman mereka yang terletak di Kampung Pulutan, Menggatal pada Khamis, semalam.

Kedua-duanya telah ditemui di bahagian ruang tamu tempat kediaman mereka selepas satu insiden kebakaran yang melibatkan enam buah rumah.

Mangsa-mangsa berada di rumah, tanpa ibu bapa dan adik beradik lain ketika kebakaran tersebut berlaku

BACA: Saintis Scotland Dakwa Berjaya Hasilkan Produk Alternatif Kepada Minyak Kelapa Sawit

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi, kanak-kanak terbabit difahamkan berada di rumah bersendirian tanpa kedua ibu bapa mereka.

Jelasnya, kedua-dua mangsa masing-masing baru berusia enam dan lima tahun. Manakala, adik beradik yang lain masih berada di sekolah ketika kejadian tersebut berlaku sekitar 1.00 tengah hari.

“Ketika kejadian, kanak-kanak berusia enam tahun yang rentung itu baru saja pulang dari sekolah tadika manakala adiknya berusia lima tahun memang berada di rumah.

“Mereka didapati bersendirian di rumah selepas ditinggalkan oleh ibunya yang keluar bekerja manakala bapanya menghantar anak saudara ke hospital. Sementara itu, adik beradik lain berada di sekolah.

Agustavia berkata bahawa kedua-dua mayat kanak ditemui dalam keadaan yang menyayat hati. Kedua-dua mangsa dipercayai duduk berdekatan antara satu sama lain ketika insiden tersebut berlaku.

“Kedua-dua mayat ditemukan berdekatan antara satu sama lain di bahagian ruang tamu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

BACA: Mudah Je, Ini Cara Nak Goreng Sosej, Jadi Cantik Berkilat & Tak Berkedut

Sumber: Sinar Harian

The post Ditinggal Sendirian, Dua Beradik Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Rumah – Bomba appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *