Kira-kira jam 8 pagi, seorang lelaki yang ingin melakukan kerja mengecat di sebuah sekolah tahfiz terkejut apabila dia menjumpai bayi lelaki yang dipercayai baru lahir berhampiran dengan pusat tahfiz yang terletak di Kampung Raja, Besut itu.

Bayi tersebut diletakkan dalam satu bekas bewarna merah, berselimut dan ada lemapin pakai buang di tepinya.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad, seorang lelaki berusia 24 tahun menjumpai bayi tersebut di wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz dan dia kemudian terus menghubungi polis sekitar jam 9.20 pagi.

“Lelaki itu juga menyatakan tidak nampak sesiapa yang meletakkan bayi berkenaan. Lokasi bayi ditinggalkan itu berada di tepi jalan laluan utama serta tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).”

“Bayi itu telah dibawa ke Hospital Besut bagi mendapatkan rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan doktor, bayi tersebut cukup sifat dan stabil tetapi kekurangan oksigen. Anggaran kelahiran dalam tempoh 48 jam dengan berat 2.6 kilogram.”

Katanya lagi kepada Sinar Harian, hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat jangkitan kuman pada tali pusat bayi berkenaan. Tambah beliau, polis kini sedang menjalani siasatan untuk mengenal pasti suspek.

Memnerusi Platform X, video ini telah emraih lebih daripada 1,300 jumlah perkongsian, tidak dinafikan ada yang mengecam tindakan ibu bayi tersebut kerana ‘lepas tangan’, ada juga yang anggap mungkin keadaan yang telah memaksa ibunya melakukan tindakan sedemikian.

Screenshot 2023 08 30 122408 Screenshot 2023 08 30 122437 Screenshot 2023 08 30 122619

Apapun, tunggu perkembangan lanjut daripada pihak polis mengenai kes ini.

Baca : “Nasib baik cepat jumpa” – Pekerja Kontraktor Jumpa Bayi Tepi Tong Sampah Di Kuching

Bayi Tepi Tong Sampah

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *