Penjara kayangan diserbu

Dilengkapi Zoo, Kasino Dan Kelab Malam, Penjara ‘Kayangan’ Tempatkan Kumpulan Gengster Diserbu

Kerajaan Venezuela berjaya mendapatkan semula kawalan penjara yang pernah dikuasai oleh kumpulan penjenayah paling berkuasa di negara itu, lapor Daily Mail.

Penjara Tocoron telah dijadikan seperti bandar mini di dalam tembok penjara dengan kelengkapan seperti zoo, kelab dan kolam renang oleh kumpulan itu.

Dalam operasi rampasan itu, kerajaan Venezuela telah mengerahkan seramai 11,00 polis dan askar ke penjara tersebut pada Rabu lalu.

Jumlah itu melebihi dua kali ganda daripada bilangan ahli kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai Tren de Aragua yang berada di penjara tersebut.

Kumpulan penjenayah terkenal itu telah menubuhkan pondok kecil di mana beberapa ahli tinggal bersama keluarga mereka.

Kredit Twitter

Selain itu, penjara tersebut juga dikatakan mempunyai akses kepada televisyen satelit dan sambungan internet.

Zoo di dalam penjara itu telah menempatkan haiwan seperti harimau, singa, buaya dan puma yang digunakan untuk mencabar banduan dan pegawai kerajaan.

Kredit Daily Mail

Kumpulan itu juga turut membina kelab malam bernama Tokio di dalam penjara tersebut bagi tujuan berpesta.

Kredit Daily Mail

Kemudahan lain seperti padang besbol, bilik tempat aktiviti perjudian dan bilik melombong mata wang kripto secara haram turut ditemui di dalam penjara tersebut.

Tren de Aragua juga membina kolam renang di bawah tanah yang terletak di sebelah kawasan permainan untuk kanak-kanak.

Kejayaan operasi merampas semula penjara itu turut disertakan ucapan tahniah oleh Presiden Venezuela, Nicolas Maduro.

“Saya mengucapkan tahniah kepada lebih 11,000 anggota FANB dan pasukan polis atas kejayaan merampas semula Penjara Tocoron,” tulis Maduro di laman X miliknya.

“Kita sedang menuju ke arah Venezuela yang bebas daripada kumpulan jenayah!” tulisnya lagi.

Operasi merampas semula penjara itu telah berjaya dirakam oleh ‘bodycam’ anggota polis yang terlibat.

Rakaman itu menunjukkan polis dan tentera menyerbu salah satu bangunan penjara, di mana sebuah terowong telah dibina.

Laluan bawah tanah itu menuju ke beberapa laluan keluar, termasuk satu menuju ke sebuah tasik di mana tiga rakit kayu ditempatkan.

“Kami telah menamatkan sekatan dalam ruang ini. Kami telah mengesan beberapa terowong, dalam terowong itu kami telah menghalang pelarian besar-besaran. Kami telah mengawal semua yang cuba memberontak,” kata Menteri Dalam Negeri, Remigio Ceballos.

Ceballos mengesahkan pada Khamis bahawa 60 anggota Tren de Aragua telah ditangkap bersama empat pegawai penjara.

Empat pegawai penjara itu didakwa bersubahat membenarkan penyeludupan senjata dilakukan oleh ahli kumpulan tersebut.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Sementara itu, akhbar Venezuela El Nacional melaporkan bahawa 400 hingga 500 banduan masih hilang.

Union Radio melaporkan bahawa pelarian mungkin bersembunyi di kawasan pergunungan berhampiran El Junquito.

Bagaimanapun, kerajaan masih menutup mulut berkenaan keberadaan pemimpin Tren de Aragua iaitu Hector Nino Guerrero, 39 tahun.

Di bawah Guerrero, Tren de Aragua memperoleh dana menerusi pemerasan, pemerdagangan manusia, penyeludupan migran serta pengedaran dadah dan senjata.

Kumpulan itu mempunyai kira-kira 5,000 ahli di negeri Bolivar, Carabobo, Guarico dan Lara serta Miranda dan Sucre.

Sumber: Daily Mail

The post Dilengkapi Zoo, Kasino Dan Kelab Malam, Penjara ‘Kayangan’ Tempatkan Kumpulan Gengster Diserbu appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *