Pempengaruh yang hangat diperkatakan netizen mengenai rumah tangganya, Abang Tesla baru-baru ini memaklumkan pergi bercuti ke Turkiye dan menunaikan umrah buat kali pertama bersama isteri-isterinya.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantarannya di Instagram yang memuat naik gambar bersama dua isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

Namun, hantaran terbabit telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang tidak berpuas hati Abang Tesla telah ditaja oleh sebuah syarikat pengendali umrah terkenal.

Artikel berkaitan: Abang Tesla Bawa Isteri-isteri Pergi Umrah & Bercuti, Netizen Tegur Wajah Isteri No 2 Macam Ira Kazar

Screenshot 2023 09 07 162233

Screenshot 2023 09 07 162247

Screenshot 2023 09 07 162321

Sedar tentang perkara ini, syarikat terbabit tampil menafikan dakwaan mengatakan pihaknya menaja umrah Abang Tesla sekeluarga.

Pengurusan tertinggi Andalusia dalam satu kenyataan berkata, Abang Tesla dan keluarganya membayar sepenuhnya kos percutian dan umrah (Pakej Umrah Ziarah Istanbul Bursa) mereka sendiri.

“Dakwaan itu adalah tidak benar. Abang Tesla dan keluarganya membayar sepenuhnya kos percutian dan umrah (Pakej Umrah Ziarah Istanbul Bursa) mereka sendiri. Kami hanya menyediakan perkhidmatan pakej umrah ziarah kepada pelanggan kami yang ingin menunaikan umrah.

“Kami berharap dakwaan ini akan dapat dihentikan. Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang telah timbul,” jelas kenyataan itu.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla Bawa Kedua-dua Isteri Keluar Makan Sambil Suap Menyuap, Sweet!

Sementara itu, menjengah ke hantaran foto di Instagram Abang Tesla, dapat dilihat kapsyen itu juga telah disunting.

Apapun, kita doakan semoga urusan mereka mengerjakan umrah dipermudahkan.

Sumber: Instagram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *