Meroyan atau kemurungan dalam kalangan wanita lepas bersalin bukan isu baharu. Malah jenayah membabitkan ibu terhadap bayinya sendiri turut menjadi liputan media.

Tular sebuah video yang berlaku di Indonesia mengenai seorang wanita yang didakwa meroyan apabila nyaris mahu melemparkan bayinya di laluan kereta api.

Difahamkan, kejadian berlaku di Terminal Pasar Minggu, Jakarta Selatan pada Sabtu yang kemudian tular di media sosial sejak malam tadi.

Artikel berkaitan: “Saya terlalu penat” – Ibu Rasa Bersalah, Tak Sengaja Jatuhkan Bayi 2 Hari Ke Lantai, Letih Berjaga Malam Bagi Susu

Dalam video tersebut, tindakan wanita itu dihalang oleh dua pengawal keselamatan dan beberapa orang awam.

Ketika cuba ditenangkan oleh pengawal keselamatan, wanita tersebut secara tiba-tiba mengamuk seolah-olah enggan dibantu mereka.

Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku ketika suami wanita terbabit meninggalkannya bersama bayi untuk pergi membeli minuman di kedai berdekatan stesen itu.

Video tular itu telah mendapat perhatian orang ramai, rata-rata meluahkan rasa simpati dengan keadaan yang menimpa wanita itu.

Netizen turut mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan terbabit yang cekap bertindak balas dengan situasi yang tidak dijangka.

Screenshot 2023 09 05 145944

Apa yang boleh kita ambil iktibar mengenai kejadian ini, ahli keluarga terutama suami perlu mengambil berat sebarang tanda-tanda awal ibu mengalami gangguan emosi bagi menanganinya pada peringkat awal.

Sumber: Liputan 6

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *