Perkahwinan merupakan perkara yang indah dalam kehidupan kita. Bahkan dalam agama Islam, kita sangat disarankan untuk melaksanakan fitrah manusiawi ini kerana dapat mendatangkan rasa kecukupan dan rezeki yang melimpah ruah.

Yang pastinya, kita menginginkan perkahwinan yang bahagia dan kekal abadi bersama pasangan dan keluarga. Walaupun begitu, tidak semua perkahwinan akan kekal seperti yang kita inginkan.

Pada hari Isnin yang lalu, seorang usahawan wanita, Noor Nabila telah disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Engku Emran di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur setelah dua tahun bersama.

Artikel berkaitan : Jangan buat fitnah! Erra Fazira Nafi Tahu Punca Cerai Engku Emran Noor Nabila

Emran Nabila Cerai Sah Talak Satu

Sebelum itu, perkara ini telah pun disahkan sendiri oleh Nabila apabila mereka berdua sudah tidak serumah sejak Januari yang lalu. Ada juga, desas-desus yang mengatakan rumah tangga mereka sudah lama goyah apabila mereka dah jarang memuat naik gambar bersama.

Untuk rekod, Noor Nabila juga pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 2017, namun berpisah pada tahun 2020 lalu. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang berusia lima tahun.

Disebabkan berita itu, ramai daripada pengikut Sharnaaz sendiri yang bertanyakan hal perceraian bekas isterinya ketika Sharnaaz sedang membuat live stream video di Instagram-nya.

Katanya, perceraian Noor Nabila dan Engku Emran merupakan sesuatu yang dah ditulis. Tambahnya lagi, setiap yang berlaku adalah ketentuan dari Allah SWT dan Dia adalah sebaik-baik perancang untuk manusia.

Sharnazz

Bukan tu je, Sharnaaz Ahmad juga meminta pada orang ramai untuk tidak sibuk mengenai urusan peribadi orang lain dan sentiasa berfikiran positif akan sesuatu perkara yang berlaku.

Artikel berkaitan : Kami dalam proses perceraian” – Noor Nabila, Engku Emran Sah Bakal Bercerai

“Mommy Jebat (Nabila) okey sahaja, insya-Allah jangan risau. Dia wanita yang kuat. Dia kena hadap benda macam ini, bukan kita minta,” jelasnya.

Terdahulu, Noor Nabila dan Engku Emran telah berkahwin selepas lebih lapan bulan Nabila berpisah dengan Sharnaaz.

Bagi Engku Emran pula, beliau pernah melangsungkan perkahwinan dengan primadona terkenal, Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan disahkan bercerai tujuh tahun kemudian. Melalui perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.

Tak dilupakan juga, Engku Emran pernah berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 namun bercerai pada 2020.

Sumber : mStar

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *