daulat tuanku wanita praktis

“Daulat Tuanku,” Wanita “Excited” Praktis Cara Sebutan Untuk Jumpa Agong, Sudahnya Sebut Lain

Gelagat seorang wanita di Sabah yang teruja untuk bertemu dengan Agong meraih perhatian apabila dia mengajak orang ramai untuk mempraktikkan cara sebutan ‘Daulat Tuanku’ sebelum ketibaan Yang di-Pertuan (YDP) Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @LinaRamsah di platform X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, ia memaparkan seorang wanita bersemangat waja untuk berjumpa dengan YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Wanita tersebut tidak dapat menyorokkan keterujaannya dan sempat melakukan siaran langsung (live) di platform TikTok, untuk berkongsi dengan orang ramai suasana di kawasan tersebut.

Rata-rata orang ramai yang berada di kawasan itu teruja dan gembira menanti ketibaan YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong selain mahu menyapanya.

Disebabkan rasa gembira mula menyelubungi diri, wanita tersebut mengambil inisiatif untuk mempraktikkan cara sebutan Daulat Tuanku supaya tidak tersasul apabila melihat YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong di hadapan mata.

“Guys nanti (cakap) Daulat Tuanku baru kita tunduk ka?

“Praktis, Daulat Tuanku. Praktis kita Daulat Tuanku. Cepat, 1..2..3.. Daulat Tuanku,” ujarnya.

Secara tidak langsung orang ramai yang berada di sekeliling mula mempraktikkan cara sebutan itu dengan menyebut perkataan Daulat Tuanku secara serentak.

Mereka melakukan latihan tersebut supaya tahu apa yang perlu dilakukan jika bersemuka dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

Dalam video berdurasi satu minit itu, ia menunjukkan suasana meriah di Bulatan Buaya BT7 Sandakan, Sabah yang dipenuhi dengan penduduk untuk menyambut kedatangan Seri Paduka.

BACA: Agong Hafal Lagu Ameng Spring, Layan Sambil Buka “Flashlight”

Hilang praktisnya…

Bagaimanapun, selepas ketibaan YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong, wanita tersebut tidak melakukan apa yang dipraktikkan malah menyebut perkataan lain akibat terlalu teruja.

Wanita tersebut meluahkan rasa seronok dengan menjerit sekuat hati selepas kereta yang membawa YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong berada di hadapannya.

“Ya Allah…Ya Allah…,”

“Daulat Tuanku…Daulat Tuanku…,” jeritnya.

Warga maya yang menonton live tersebut berasa geli hati dengan tindakan wanita itu dan sesetengah mereka meninggalkan emoji ketawa.

Mereka juga mengatakan wanita tersebut tidak melakukan apa yang dipraktis kerana terlalu girang melihat Agong dan Baginda Permaisuri.

Mana sudah yang kau praktis awal tu kakkkk!! Hahahahaha..last-last macam mau pengsan kau nampak kereta Agong..haha pic.twitter.com/Em4fXGPAYI

— Lina Klasik (NEW ACC) (@LinaRamsah) September 5, 2023

Sumber: @LinaRamsah/Twitter

The post “Daulat Tuanku,” Wanita “Excited” Praktis Cara Sebutan Untuk Jumpa Agong, Sudahnya Sebut Lain appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *