Sejak kebelakangan ini nama Datin Intan Najuwa menjadi perhatian netizen dalam media sosial apabila tular video masakan untuk suaminya yang kurang sihat.

Sejak mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos lalu, rata-rata peminatnya ingin mengetahui kisah kehidupannya yang kini bergelar isteri.

Video memasak sup ikan untuk suami tercinta, Datuk Ahmad Asraf Azman menular di sosial media dan ramai minta resipi sup jenahak daripada pelakon pemburu rahsia itu.

Tidak mahu menghampakan permintaan ramai, dia seterusnya berkongsi resipi dalam ruangan komen sehingga meraih lebih 100,000 tanda suka.

@intannajuwaaa Soup ikan jenahak for my sick man 🤒😷 #feverseason😷🤒🤕 ♬ Kamulah Takdirku – Raffi Ahmad

Artikel berkaitan: “Lain macam rezeki dia” – Dapat Kuda Putih Sebagai Hadiah Hari Jadi, Netizen Gembira Untuk Intan Najuwa

Artikel berkaitan: “About the photos? Sorry…” Ini Kata Tunang Intan Najuwa Selepas Viral Foto ‘Laga Hidung Mandi Laut’ Dengan Zul Ariffin

Ramai memujinya sebagai isteri idaman para lelaki kerana ada pakej lengkap bukan sahaja cantik malah pandai menguruskan rumah tangga.

Malah, pelakon wanita yang berusia 26 tahun itu kelihatan begitu lincah dan langsung tidak kekok ketika sedang beraksi di dapur tanpa bantuan orang lain.

Tular di media sosial, rakaman aksi memasak Intan itu dikongsi oleh pelakon tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Intan Najuwa

“Serba boleh betul! Cantik pandai masak pandai jaga perut suami. Susah nak cari macam ini,” komen netizen.

“Pandai masak, lawa, berpendidikan. Semuanya lengkap,” kata Jaja.

“Masak pun cantik ya. Kalau aku, macam lintah masuk dapur,” kata seorang lagi pengguna.

Kepada yang ingin mencuba, ini resepinya:

  1. Rempah kayu manis bunga lawang , buah pelaga (3 sekawan)
  2. Bawang merah, putih, halia, serai, blackpepper.
  3. Tumis sampai wangi masuk kan air.
  4. Akar daun ketumbar & daun ketumbar
  5. Masuk asam keping , garam.
  6. Masuk kan ikan & tomato
  7. Siappppppp!

Tidak sangka ya ramai juga peminat Datin Intan Najuwa!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *