Kalau korang layan TikTok, mesti ada yang follow akaun seorang cikgu bernama Kim Seri yang terkenal dengan vlognya semasa berada di Korea untuk melanjutkan pelajaran di sana.

Kim Seri baru-baru ini memuat naik perkembangan terbaru mengenai dirinya yang difahamkam sudah membuka sebuah restoran bernama Kimseri Restaurant di Myeondong, Seoul, Korea Selatan.

Artikel berkaitan: “I love Kuching” – Artis Korea Selatan, Rain Diserbu Peminat Ketika Melawat Sarawak

Artikel berkaitan: “Ramai ingat tudung ni satu paksaan” – Maryam ‘DurianKimchi’ Kongsi Kisah Berhijrah

“Impian membuka kedai makan 3 tingkat di Korea tercapai” 

Menerusi perkongsian di TikTok, Kim Seri dilihat mengadakan majlis pembukaan restoran (opening) tersebut pada 3 September lepas yang dihadiri rakan dan keluarga.

Boleh dilihat pengunjung restoran menikmati makanan di restoran itu dan para pekerja yang rata-rata berasal dari Malaysia sedang bertugas di situ.

@kimseri_eina

Pov : Impian membuka kedai makan 3 tingkat di Korea tercapai 🥹 #kimserirestaurant #kimseridiseoul

♬ 시작 – 가호

Menurut Kim Seri, impiannya untuk membuka restoran tiga tingkat di Korea akhirnya sudah tercapai.

Menerusi perkongsian TikTok sebelum ini, Kim Seri juga menceritakan pengalaman susah payahnya dalam mencari pekerjaan di Korea pada dua tahun lepas apabila dia telah ditolak daripada menjadi pekerja di sebuah restoran kerana memakai hijab.

Dua tahun lepas saya telah di’reject’ oleh sebuah restoran kerana saya memakai hijab,” katanya.

@kimseri_eina

Counting the days ❤️ #kimseridiseoul #kimserirestaurant

♬ original sound – KIM SERI 세리 – KIM SERI 세리

Namun berkat usaha dan kepercayaannya, dia kini sudah berjaya membuka sebuah restoran di Korea.

“Tahniah akak!” 

Perkongsian Kim Seri telah mendapat komen positif dari netizen yang terharu melihat kejayaannya dan berharap satu masa nanti mereka dapat singgah ke restoran tersebut jika mereka berkunjung ke Korea.

Kim Seri Bukak

Bagi korang yang ada kat Korea sekarang, korang boleh je bagi sokongan dekat Kim Seri dengan pergi menikmati makanan kat restorannya. Boleh tengok guide ke restorannya kat sini.

Sumber: TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *