Tidak dinafikan melihat keadaan penghantar makanan yang terpaksa berjalan kaki setelah motornya disita itu amat mengharukan buat rakyat Malaysia.

Namun begitu, peraturan tetap kena patuhi memandangkan penghantar makanan p-hailing itu sendiri yang tidak kemaskini cukai jalannya.

Artikel Berkaitan : “Untuk keselamatan semua” – Tular Video ‘Rider’ Berjalan Kaki Lepas Motor Disita, Rupanya…

Artikel Berkaitan : Lepas Aisar Khaled Hadiahkan Motosikal Baru, Achey Pula Nak Bantu ‘Repair’ Motor Lama Abang ‘Rider’

Susulan dengan kejadian ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri memberikan pengesahan mengenai hal tersebut. Namun begitu masih ramai netizen yang anggap pihak berkuasa ini kejam dan hilang timbang rasa.

Kecaman itu dibuat oleh salah seorang netizen menerusi ruangan komen di Facebook rasmi JPJ, disebabkan itu, pihak JPJ tampil memberikan respon pedas buat netizen tersebut.

Jelas JPJ, pihak mereka boleh memberikan pertimbangan jika cukai jalan itu tamat dan bertangguh dalam masa sebulan atau dua bulan, tetapi dalam kes ini, ia dah menjangkau lebih setengah tahun dan agak susah jika berlaku sebarang kemalangan. Pihak JPJ juga dilihat memberikan kenyataan sinis buat netizen tersebut.

F56Vdlgbgaa7Et

Apapun isu dianggaps elesai apabila Aisar Khaled dan Achey juga dah tolong berikan bantuan buat penghantar makanan itu. Semoga lepas ni dapat patuhi peraturan dan tidak berlaku sebarang isu memandangkan tuan empunya badan mengaku bahawa silapnya sendiri.

Sumber : X

Sumber: X

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *