Satu kejadian tragis berlaku di Surabaya, Indonesia kepada seorang budak berumur 13 tahun yang putus cuping telinganya ketika dalam kelas mengaji.

Menurut Tribun, akibat kejadian tersebut, mangsa yang digigit di telinga kirinya itu berlumuran darah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Screenshot 2023 08 25 173614

Ketua Perhubungan Awam Jabatan Polis Kota Pasuruan, M Junaidi berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 4 petang (waktu tempatan) pada Rabu lepas.

Mangsa dan suspek yang berumur 13 tahun itu sedang mengikuti kelas mengaji sebelum berlakunya pertengkaran.

Screenshot 2023 08 25 173637

“Ustaz menyuruh anak muridnya membaca dibaca (tradisi membaca atau melantunkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW).”

“Oleh kerana bacaan terlalu panjang, dia membahagikan tugas menyaksikan mangsa dan suspek diminta membacanya secara berganti-ganti. Kedua-dua remaja itu juga diminta mendengarkan bacaan masing-masing.”

Screenshot 2023 08 25 173719

Tambah beliau, pergaduhan mula tercetua apabila suspek enggan mendengar bacaan mangsa dan keadaan jadi tegang sampaikan suspek menggigit cuping telinga rakan sampai putus.

“Kejadian ini sudah dilaporkan oleh keluarga mangsa dan kita membuka kertas siasatan. Apa pun, kes ini masih diteliti kerana kedua-duanya masih di bawah umur.”

Agak scary juga dengan kes ni, sampai putus cuping telinga tu.

Baca : “Sikit lagi boleh mati” – Gara-Gara Kerap Korek Telinga, Wanita Hampir Maut Sebab Terkena ‘Infection’ Di Otak 

Telinga4

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *