claypot chicken rice halal jakim

Claypot Chicken Rice Viral Disahkan Tiada Sijil Halal JAKIM

SEBUAH premis makanan di Sri Petaling yang menjual menu popular Claypot Chicken Rice yang tular di media sosial baru-baru ini disahkan tidak memiliki sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Perkara tersebut disahkan JAKIM rentetan isu premis berkenaan yang didakwa menggunakan bahan ‘rice wine’ dalam masakannya.

Difahamkan isu tersebut telah menimbulkan keresahan dalam kalangan ramai, khususnya pengguna Muslim yang pernah mengunjungi premis terbabit.

“Berdasarkan kepada semakan melalui Portal Halal Malaysia, premis tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

“Dan pihak JAKIM tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis tersebut.

“Sehubungan itu pengguna Muslim adalah dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi,” maklum JAKIM dalam kenyataan semalam.

Dalam masa sama pengguna Muslim juga disarankan untuk memastikan premis yang dipilih adalah merupakan pemegang SPHM yang sah daripada pihak berkuasa berwibawa Pensijilan Halal Malaysia.

Sehubungan itu, tambah JAKIM, semakan status halal serta pemegang SPHM boleh disemak melalui portal rasmi di https://www.halal.gov.my/v4/ atau aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Imbas kembali, sebelum ini tular di media sosial beberapa rakaman video memaparkan tentang sebuah premis di Sri Petaling yang menjual hidangan Claypot Chicken Rice.

Walau bagaimanapun, persoalan mula timbul dalam kalangan wargamaya apabila tukang masak premis berkenaan didakwa menggunakan bahan ‘rice wine’ dalam hidangan tersebut.

Sumber: JAKIM

The post Claypot Chicken Rice Viral Disahkan Tiada Sijil Halal JAKIM appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *