cukur rambut pelajar perempuan

Cikgu Digantung Tugas, Cukur Rambut 14 Pelajar Perempuan Sebab Tak Pakai Anak Tudung

Seorang guru di sekolah Indonesia dilaporkan telah mencukur rambut 14 orang pelajar perempuannya selepas didakwa tidak memakainya dengan betul, lapor Baron.

Menurut Harto yang merupakan guru besar di sekolah tersebut, ekoran kejadian itu, pihak sekolah telah memohon maaf dan menggantung tugas guru berkenaan.

Tambahya, pelajar sekolah itu tidak memakai anak tudung mereka dan menyebabkan rambut mereka kelihatan di sebalik tudung yang dipakai.

“Tiada kewajipan bagi pelajar perempuan untuk memakai hijab, tetapi mereka dinasihatkan untuk memakai anak tudung bagi nampak kemas.

“Kami telah memohon maaf kepada ibu bapa selepas kejadian itu dan kami juga telah mencapai kata sepakat,” kata Harto kepada AFP.

Sementara itu, pihak sekolah turut berjanji akan memberikan bantuan psikologi kepada pelajar yang terkesan dengan kejadian tersebut.

“Kami menyedari bahawa kami perlu menyelesaikannya dengan berhati-hati untuk tidak memberi kesan yang berpanjangan kepada kanak-kanak,” katanya lagi.

Guru digesa agar dikenakan tindakan tegas serta dipecat

Dalam pada itu, kumpulan hak asasi manusia telah menggesa agar guru yang bertindak sedemikian harus dipecat daripada terus berkhidmat.

“Kejadian Lamongan mungkin yang paling menakutkan pernah berlaku di Indonesia,” kata Andreas Harsono, penyelidik di Human Rights Watch dalam satu kenyataan.

“Tiada guru yang memotong rambut pelajar mereka yang pernah dikenakan tindakan. Pejabat pendidikan Lamongan harus memberi tindakan kepada guru ini.

“Sekurang-kurangnya pecat dari sekolah dan memanggil pakar psikologi untuk menangani trauma di kalangan mangsa,” kata kumpulan itu lagi.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Kumpulan itu berkata dalam laporan 2021 bahawa terdapat pelajar perempuan telah dipotong tudung mereka jika tidak memakainya dengan betul.

Indonesia mengiktiraf enam agama utama tetapi terdapat kebimbangan mengenai sikap tidak bertoleransi agama yang semakin meningkat di negara majoriti Islam itu.

Isu tudung menjadi tajuk utama pada 2021 selepas seorang pelajar Kristian di Sumatera Barat dipaksa untuk memakai tudung.

Sumber: Barrons

The post Cikgu Digantung Tugas, Cukur Rambut 14 Pelajar Perempuan Sebab Tak Pakai Anak Tudung appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *