Beberapa hari lalu, tular sebuah video yang memaparkan dua remaja lelaki dipercayai bertumbuk di sebuah padang sambil disaksikan oleh sekumpulan pelajar.

Menurut laporan polis, pergaduhan dua remaja terbabit di Kampung Bukit Kecik, Kota Bharu, Kelantan dipercayai berpunca daripada berebut kekasih.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya telah memanggil lima pelajar berusia antara 14 hingga 15 tahun yang juga saksi bagi memberikan kenyataan lengkap berhubung kejadian tersebut.

Screenshot 2023 09 14 132340

Artikel berkaitan: “Yang lain tengok je?” – Tular Video Bertumbuk Ala ‘Muay Thai’, Polis Buru 2 Pelajar

Artikel berkaitan: Gara-gara Berebut Lelaki, Gadis 19 Tahun Kena Lempang Sampai Patah Gigi

Jelasnya, hasil siasatan mendapati kedua-dua remaja lelaki itu bergaduh disebabkan cemburu dan berebut kekasih.

Katanya, mereka berjanji berjumpa di satu lokasi untuk beradu kekuatan dan rakan-rakan yang mengetahuinya datang ke situ untuk menjadi penonton.

“Hasil siasatan, kita percaya ia disebabkan cinta dalam kalangan pelajar yang menyebabkan cemburu,” katanya.

Tambah beliau, polis mengambil inisiatif dengan membuat siasatan dan menasihatkan kepada semua supaya tidak melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Sebelum ini, media melaporkan kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara dua pelajar itu. Rupanya sedang bergaduh sebab berebut ‘makwe’…

Sumber: Sinar Harian

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *