Wanita Racun Lima Orang Sebelum Bunuh Diri Dengan Sianida – Polis Bangkok

Wanita Racun Lima Orang Sebelum Bunuh Diri Dengan Sianida – Polis Bangkok

BANGKOK, 17 Julai (Bernama-dpa) — Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mayat tiga lelaki dan tiga wanita ditemukan pada petang Selasa oleh kakitangan di sebuah suite di Hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok. Pemeriksaan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang tanda-tanda kekerasan dan rompakan.

Polis berkata dalam satu sidang media pada Rabu bahawa mereka percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat adalah dalang di sebalik tragedi itu.

Enam maut di bilik hotel dipercayai sebab wanita racun lima orang dengan sianida sebelum bunuh diri
“Kami mengesahkan bahawa seorang daripada enam yang maut menyebabkan kejadian ini dengan menggunakan sianida.

“Kam..

“Bantu Kami Bawa Pulang Jenazah Dari Korea Selatan,” – Keluarga Minta Bantuan Bawa Pulang Jenazah Rais Ke Sabah

“Bantu Kami Bawa Pulang Jenazah Dari Korea Selatan,” – Keluarga Minta Bantuan Bawa Pulang Jenazah Rais Ke Sabah

Ahli keluarga seorang lelaki dari Kota Belud, Sabah, yang dilaporkan meninggal dunia di Bandar Gumi, Wilayah Gyeongsang, Korea Selatan, sedang giat mengumpul dana bagi membawa pulang jenazah ke tanah air.

Lelaki berusia 23 tahun itu, Mohd Rais Sarkhanuddin Zainordin, baru sahaja tiba di Korea Selatan sebelum ditemukan meninggal dunia di kediamannya pada Ahad lalu, lapor Sinar Harian.

Bapa saudaranya, Zaidi Mejin, 38, kini bertanggungjawab untuk menguruskan proses membawa pulang jenazah ke Sabah.

Menurut Zaidi, kos keseluruhan untuk urusan ini amat tinggi, dianggarkan mencecah lebih RM75,000. Jumlah ini termasuk bil hospital serta kos penghantaran jenazah ke Malaysia.

“Pembiayaan untuk urusan ini memerlukan jumlah yang besar dan dianggarkan mencecah lebih RM75,000 termasuk bil hospital dan kos untuk menghantar jenazah.

“Setakat ini, dana yang berjaya dikumpul termasuk da..

Tingkatkan Had Anda Di Redline Fitness Games

Tingkatkan Had Anda Di Redline Fitness Games

Kuala Lumpur, 15 Jun 2023 – Adakah anda bersedia untuk menguji enjin dan mencapai had anda? Bersedia untuk pacuan adrenalin yang hebat sambil kami mempersembahkan REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN, acara yang pertama seumpamanya dengan pengalaman senaman paling menghairahkan yang pernah anda alami!

Ini adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat gim dan kecergasan, dan kini akhirnya sampai untuk anda. REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN kini bersedia untuk merevolusikan senario kecergasan di Malaysia.

Sertai kami pada 23 dan 24 September di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC) untuk acara dalaman yang yang tiada tandingannya.

Jangan ketinggalan siri acara kecergasan berfungsi luar biasa ini yang bertujuan untuk memberi inspirasi, motivasi dan menyemarakkan semangat ke arah Asia Tenggara yang lebih cergas dan sihat.

Pertandingan ini mengalu-alukan peserta dari semua latar belakang senaman dan m..

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Polis Jumpa Telefon Pintar

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Polis Jumpa Telefon Pintar

HULU SELANGOR, 17 Julai (Bernama) — Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menemukan telefon pintar dalam operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di sebuah parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati pihak polis menemukan telefon pintar itu pada 12.21 tengah hari selepas menjalankan operasi kira-kira sejam.

Terdahulu, pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di lokasi kejadian kira-kira 9.50 pagi untuk memulakan proses mengenal pasti beberapa bahan bukti.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dibantu oleh Bomba Sukarelawan Felda Gedangsa dilihat mengepam sedikit air parit terbabit sebelum Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik PDRM memulakan pencarian dalam air.

Suspek kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu turut kembali dib..

Projek Bina Jalan Dan Jambatan Baharu Di Gua Musang Bakal Memanfaatkan 5000 Rakyat Kelantan

Projek Bina Jalan Dan Jambatan Baharu Di Gua Musang Bakal Memanfaatkan 5000 Rakyat Kelantan
GUA MUSANG, KELANTAN – YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah turun padang mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Jurutera Jajahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang, Kelantan. Pengarah JKR Kelantan, YBrs. Ir Mohd Suhaili Ismail dan Jurutera Jajahan Gua Musang, YBrs. Ir. Ts. Wan Nurul Azhar Wan Ghazali telah menyambut rombongan YB Timbalan Menteri dan memberi taklimat berkenaan perkembangan projek infrastruktur di Negeri Kelantan.

2. YB Timbalan Menteri Kerja Raya turut meluangkan masa melihat sendiri perkembangan projek membina jalan baharu dari Jambatan Bertam ke Jalan Negeri D235 Gua Musang. Tarikh milik tapak adalah pada 28 Mac 2022 di mana sehingga 20 Jun 2024, kemajuan projek ini berada di tahap 58.67% iaitu mendahului jadual sebanyak 1.23% dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2025. Kos kontrak asal projek ini bernilai RM9.039 juta.

3. Pemilik proj..

Pinggan ‘Bone China’ Boleh Digunakan? Ini Penjelasan Mufti

Pinggan ‘Bone China’ Boleh Digunakan? Ini Penjelasan Mufti

Set pinggan mangkuk merupakan salah satu barangan asas yang penting bagi setiap isi rumah. Terdapat pelbagai pilihan bentuk, corak dan bahan buatan seperti kaca, seramik atau plastik yang boleh dipilih mengikut cita rasa masing-masing.

Bagi mereka yang meminati barangan seramik, pilihan yang ada kini semakin meluas.

Set pinggan mangkuk seramik yang lebih ringan, tidak mudah pecah dan dihiasi dengan corak minimalis kini banyak dijual dalam talian dengan harga yang berpatutan, membuatkan ramai pengguna rambang mata untuk memilih.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat sejenis seramik istimewa yang dikenali sebagai ‘bone China’? Seramik ini diperbuat dengan mencampurkan debu tulang ke dalam bancuhan, menjadikannya unik dan berbeza daripada seramik biasa.

Justeru, kami kongsikan penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan penggunaan pinggan mangkuk berasaskan abu tulang haiwan atau ‘bone China’ ini.

Mufti Wil..

KPT Menyambut Baik Pakej Rahmah Prabayar Siswa

KPT Menyambut Baik Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman daripada Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.

Kerjasama strategik dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terlibat ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Madani menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi membantu golongan pelajar mendapatkan liputan komunikasi dan internet lebih baik semasa sesi pengajian dan pembelajaran.

Dalam Pakej Rahmah Prabayar Siswa, kerajaan tidak mengeluarkan sebarang pembayaran tetapi syarikat telekomunikasi bermurah hati untuk mengurangkan caj kepada mahasiswa.

Bagi pihak KPT, saya merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak Kerajaan, Kementerian Komunikasi, syarikat telekomunikasi terlibat dan semua pihak yang sentiasa cakna dan prihatin untuk membantu mengurangkan beban mahasiswa.

..

Pemandu e-Hailing Dilapor Hilang Sejak Khamis Lalu, Dipercayai Selepas Hantar Penumpang

Pemandu e-Hailing Dilapor Hilang Sejak Khamis Lalu, Dipercayai Selepas Hantar Penumpang

Seorang pemandu e-hailing dari Serkam, Jasin, dilaporkan hilang sejak Khamis lalu selepas memberitahu akan menghantar penumpang ke Teluk Intan, Perak.

Sumber: Sinar Harian
Saiful Azwan Dahlan, 38, menyatakan bahawa adiknya, Syahrul Ashraf, 33, tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga termasuk isterinya sejak hari itu.

“Kali terakhir saya mengubungi adik melalui aplikasi WhatsApp pada Khamis lalu dan dia hanya memaklumkan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan.

“Keesokan harinya, saya tidak dapat menghubunginya lagi sehingga ke hari ini,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Menurut Saiful, adiknya yang tinggal di Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur tidak mengadu menghadapi sebarang masalah sebelum dilaporkan hilang.

“Dia tidak pernah hilang seperti ini atau mempunyai masalah keluarga, isteri dan empat anaknya berusia sembilan hingga dua tahun sentiasa menanti kepulangannya,” katanya ..

Wanita Dihempap Kayu Balak Mula Sedarkan Diri

Wanita Dihempap Kayu Balak Mula Sedarkan Diri

GUA MUSANG, 16 Julai (Bernama) — Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.

Tunang mangsa Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, berkata Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, kini berada dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya.

“Alhamdulillah selepas kira-kira lima hari ditidurkan, Siti Norelyana mula sedar semalam. Dia juga boleh bercakap dengan baik tetapi masih memerlukan masa untuk menggerakkan anggota badan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nik Amnan berkata setakat ini dia tidak dimaklumkan mengenai rawatan selanjutnya yang akan dijalankan ke atas tunangnya itu.

BACA: Wanita Nyaris Maut Dihempap Kayu Balak Ketika Menunggu Lampu Isyarat
Sebelum ini, Siti Norelyana nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap kayu balak yang jatuh dari sebuah lori ketika berhenti di lampu i..

Miliki Ketinggian 2.26 Meter, Wanita Alami Kesukaran Cari Teman Lelaki

Miliki Ketinggian 2.26 Meter, Wanita Alami Kesukaran Cari Teman Lelaki

BEIJING — Seorang wanita dari wilayah Heilongjiang di China mengalami kesukaran mencari teman hidup susulan ketinggiannya yang mencapai 2.26 meter tinggi, lapor Oddity Central.

Xiao Mai, 25, mula mencuri perhatian penduduk dan media di negaranya pada bulan April, apabila video yang memaparkan ketinggiannya menjadi tular.

Difahamkan, Mai telah memuat naik satu video pendek mengenai dirinya ekoran idea daripada ibunya.

Gambar: Oddity Central
Selain itu, Mai turut memuat naik video kehidupan hariannya di samping ibunya berharap orang ramai yang menonton video anaknya mencadangkan atau mencarikan teman lelaki yang sesuai untuk Mai.

Tidak lama kemudian, video tersebut menjadi viral hingga orang yang tidak dikenali mula datang ke rumahnya hanya untuk bertemu dengan gadis tinggi itu.

Lebih mengejutkan, sebahagiannya berkunjung semata-mata untuk bergambar bersamanya selain ingin melamar Mai sebagai teman wanita.

Mesk..