fresh grad resume mantap

Kurang Pengalaman Sebab Fresh Grad, Coach Kongsi Cara Penulisan Resume Mantap Abad Ke-20

Rata-rata, graduan institusi pengajian tinggi (IPT) yang baru sahaja menamatkan pengajian mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan.

Sinonim dengan gelaran ‘fresh grad‘, golongan ini terpaksa bersaing dengan golongan yang lebih berpengalaman dalam bidang pasaran kerja.

Kekurangan dari segi pengalaman kerja menyebabkan permohonan golongan anak muda sukar diterima dan dipanggil ke sesi temu duga.

Namun, seorang coach telah berkongsi cara penulisan resume yang mantap dan mengikut permintaan terkini, walaupun anda seorang ‘fresh grad‘.

Difahamkan, WN Muhaimin telah memberikan perkongsian berkenaan penulisan resume bagi murid sekolah dan siswa universiti dalam masa terdekat.

Dalam sesi tersebut, Muhaimin telah memberikan maklum balas selepas menyunting beberapa resume yang dihasilkan peserta-peserta tersebut.

Hasil penulisan resume yang dihasilkan oleh mereka, yang rata-rata masih belum menceburi bidang pekerjaan jelas mengejutkan dirinya.

Jelasnya, resume-resume yang dihasilkan ini tidak seperti resume tipikal yang biasa dihantar oleh seseorang ‘fresh grad‘. Sebaliknya, resume yang dihasilkan seakan-akan pemohon kerja yang sudah memiliki pengalaman berkerja selama lima tahun.

Pernah dengar atau tidak bahawa majikan mahukan ‘fresh grad‘ yang memiliki pengalaman bekerja selama 10 tahun? Walaupun kedengaran agak tidak logik tetapi ya. perkara tersebut wujud dalam lama nyata.

Kebiasaannya, majikan macam seperti datang dari syarikat yang besar atau memiliki banyak permintaan dari segi peluang pekerjaan.

Salah satu cara untuk ‘mencuri hati’ majikan ini adalah dengan mempersembahkan resume anda dengan cara seolah-olah anda telah melakukan dan berjaya dalam banyak perkara.

Malangnya, kebanyakan pemohon yang memiliki banyak pengalaman masih dilihat lemah dalam penghasilan resumenya.

Jadi apa yang perlu dilakukan menghasilkan resume mantap bersesuaian dengan abad ini?

Bagi menghasilkan sehelai resume yang hebat, anda hanya perlu menukar susunan jandungan dan struktur ayat agar ‘selling point‘ anda kelihatan jelas di mata majikan.

1. Bahagian atas

Pada bahagian ini, masukkan segala kemahiran dan kecekapan anda dalam bentuk ringkasan. Bagi pelajar yang sedang menjalani latihan industri mahupun ‘fresh grad‘, anda boleh ceritakan penglibatan dalam program-program kepimpinan di universiti.

2. Bahagian bawah

Manakala, letakkan pengalaman bekerja atau penglibatan dalam projek pada bahagian bawah resume anda. Jika anda merupakan pelajar universiti, ceritakan pengalaman anda dalam mengendalikan acara, program atau apa-apa pengalaman yang dirasakan sesuai.

Pastikan, anda menceritakan kisah kejayaan dan pencapaian yang diperoleh dari program tersebut, bukannya rutin apa yang dilakukan setiap hari.

Ujar Muhaimin, jika anda melakukan sedikit ‘magik’ ini pada resume, magik ini akan menguba resume anda sehingga 360 darjah. Resume yang mantap dapat membantu anda untuk ‘dilihat’ syarikat-syarikat yang hebat, sekali gus membuka jalan yang lebih luas untuk perjalanan karier anda.

BACA: Elak Kemalangan, Ketahui Fungsi Garisan Di Lebuhraya & Cara Tukar Lorong Dengan Betul

Sumber: WN Muhaimin via Facebook

The post Cara Fresh Grad Nak Buat Resume Mantap Abad Ke-20 appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *