Nampaknya isu mengenai Mondy, Ustaz Ebit Lew dan Caprice semakin rancak, terbaru ini, seorang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman juga ada masuk campur untuk mempertahankan Ustaz Ebit Lew.

Dalam satu video tular di TikTok memaparkan Ustaz Derry Sulaiman sedang mengadakan sesi live bersama seorang lelaki tua yang dikatakan bapa kepada Mondy.

Artikel Berkaitan : Dakwa Mondy Berbohong Demi Duit, Caprice Persoal Tuduhan Ustaz Derry Pasal ‘Mondi’

Artikel Berkaitan : Ramai Dakwa Sengaja Reka Cerita, Caprice Dedah Perbualan Mondy Dengan Bodyguard Pendakwah Terkenal?

 

Bapa dakwa Caprice tak minta izin bawa Mondy ke Malaysia, menangis mohon maaf kepada UEL

Dalam video tersebut lelaki tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ustaz Ebit Lew kerana masalah yang tercetus akibat perbuatan Mondy. Sebagai orang tua, mereka hanya mampu emndoakan yang terbaik.

Dalam pada itu, Ustaz Derry ada kongsikan tangkap layar mesej WhatsApp mengenai pengakuan Mondy yang mengatakan podcast bersama Caprice adalah satu penipuan.

@isyaarisyha

Bapa kandung Mondy bertattoo dedahkan yang mondy bercakap bohong dan cuba memfitnah ustaz ebit liew di live tiktok Ustaz Derry Sulaiman . Ni semua sebab wang sedara .. 😢😢😢😢😢😢😢

♬ Orang Yang Salah – Luvia Band

Jelasnya itu adalah perbualan antara Mondy dengan Bang Zed, Ketua PUnk Hidayah di sana dna dia memang sudah berinteraksi sendiri dengan Mondy rentetan dengan isu ini.

Selain itu, bapa Mondy juga beranggapan bahawa munghkin anaknya kini sedang menerima tekanan daripada pihak tertentu. Bahkan, lelaki tua tersebut mendakwa bahawa Caprice tidak minta izin dahulu kepada mereka untuk bawa anaknya ke Malaysia.

@triple_z465

repost.tadi ada bab* report.dengar sampai habis #fitnah #fyp #caprice #mondytatto #ebitlew #kakisantau

♬ original sound – 🕯️𝙆𝘼𝙆𝙄_𝙎𝘼𝙉𝙏𝘼𝙐🕯️ – 🕯️𝙆𝘼𝙆𝙄_𝙎𝘼𝙉𝙏𝘼𝙐🕯️

Malah, Ustaz Derry pula ada mengatakan bahawa Mondy juga ada hubunginya untuk minta tolong pulang ke Indonesia namun begitu dia dihalang pergi.

 

Dakwa ibu bapa diri digula-gulakan?

Selepas video itu tular di TikTok, Caprice pula ada muat naik video menayang Mondy seperti sedang berbicara dengan ibu bapa tirinya.

Menerusi Instagram, Caprice memberi bayang seperti memberikan kenyataan balas daripada Ustaz Derry Sulaiman, dia menjelaskan bahawa ibu bapa tiri Mondy telah dipergunakan dengan ‘bukti chat’ yang Caprice dakwa adalah palsu.

“Fitnah yang sangat jahat. waktu Ustaz Derry punye live, Mondy berada di IPK Selangor lebih dari 6 jam untuk bagi statement / soal siasat.”

“Yang paling pelik, laporan polis yang Mondy buat minggu lepas SEBELUM podcast pun belum keluar di media lagi tapi sudah di fitnah, terima ugutan, caci, dan maki.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Jelas Caprice video tersebut, dirakam selepas mereka disoal siasat di IPK Selangor,menggunakan telefon isterinya, dia gunakan untuk hubungi orang tuanya selepas TikTok live Derry viral.

Sumber : TikTok, Instagram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *