Mempunyai pasangan hidup yang setia dengan kita hingga ke akhir hayat pastinya sesuatu perkara yang diidamkan oleh semua insan. Dengan banyak kes yang dapat kita lihat menjadi hangat berkaitan kecurangan dan pergolakan rumah tangga, pasti ia serba sedikit memberikan kesan dalam kepercayaan terhadap pasangan atau bakal pasangan kita.

Namun begitu, satu video daripada TikTok ini bakal mengambalikan semula anggapan kita bahawa lelaki yang jujur dan setia pada satu pasangan itu masih wujud dan pasti ramai yang akan rasa cemburu apabila melihatnya.

Artikel Berkaitan : Doktor Kagum Lihat Kesungguhan Warga Emas Jaga Isteri Lumpuh Separuh Badan

Artikel Berkaitan : Daripada Tak Percaya Lelaki, ‘Mindset’ Wanita Berubah Lepas Tengok Pasangan Warga Emas Ini

Dalam video yang telah meraih 279K jumlah tontonan dalam masa 15 jam  tersebut memperlihatkan pasangan warga emas menonton perlawanan bola sepak, pemilik video merakam aksi manis mereka berdua ketika menonton perlawanan itu. Mereka dilihat begitu mesra sampaikan ada main cak cak dengan pasangannya.

@buluterkehel

okay malam ni pakcik punya✋🏼 #pakcikcomel

♬ suara asli – 𝐌𝐢𝐧𝐞. – 𝐌𝐢𝐧𝐞.

Pastinya ia mengundang pelbagai reaksi netizen, sudah semestinya ramai yang memuji bahkan cemburu melihat kemesraan pasangan ini sampaikan ada yang merancang nak pindah planet.  Mereka akui bahawa memang susah nak jumpa lelaki yang sehebat ini pada zaman sekarang.

Pun begitu, masih ada yang memberikan anggapan lain dengan memberikan andaian yang kononnya ia merupakan isteri kedua atau pasangan ini baru sahaja berkahwin.

Screenshot 2023 09 14 133539 Screenshot 2023 09 14 162214 Screenshot 2023 09 14 162357 Screenshot 2023 09 14 162427 Screenshot 2023 09 14 162449 Screenshot 2023 09 14 162613 Screenshot 2023 09 14 162642 Screenshot 2023 09 14 162707 Screenshot 2023 09 14 162737

Ada-ada je la yang komen lain tu, tak apalah kita doakan semoga mereka berbahagia ke akhir hayat dan mereka yang masih single dan bakal berkahwin, semoga anda akan jadi macam ni juga, Insya-Allah, Ameen.

Sumber : TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *