maksud m&m coklat

Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Sebenar Huruf M&M Pada Coklat Terkenal

Ramai daripada kita, sudah tentu pernah mencuba coklat M&M sepanjang, terutamanya ketika kita masih kecil, kan?

Gula-gula ini hadir dalam variasi yang menepati citarasa peminat seperti susu coklat, kacang, buah-buahan serta cookies and cream.

Namun, ramai yang tidak pernah terfikir apa maksud di sebalik abjad M&M pada gula-gula. Saja-saja diletak pada permukaan coklat itu atau ada maksud tersendiri?

Seorang pengguna TikTok, Claire Dinhut (@condimentclaire) berkongsi info menarik berkenaan M&M serta sedikit ‘drama’ keluarga di sebalik nama tersebut.

Dia menjawab persoalan tersebut ketika diajukan pertanyaan oleh seorang pengikutnya. Difahamkan, wanita itu sering berkongsi kandungan berkenaan sejarah snak, coklat, gula-gula dan makanan terkenal di seluruh dunia.

“Fakta paling menarik mengenai coklat dan manisan adalah M&M dan kenapa prosduk tersebut dipanggil dengan nama tersebut,”

“Terlalu banyak drama keluarga yang menjadikan kisah ini menarik.”

Nama M&M ini sebenarnya mewakili nama dua orang yang terlibat dalam penghasilan jenama coklat ini.

M&M mewakili Mars dan Murrie. Jenama ini dinamakan bersempena nama Forrest E. Mars Sr. (pengasas Mars) dan Bruce Murrie (anak kepada presiden Hershey Chocolate, William F. R. Murrie).

Tidak ‘sebulu dengan bapa’, anak presiden syarikat coklat bertindak menjadi pesaing perniagaan bapanya

Kisah di sebalik bagaimana M&M muncul selepas Mars bertengkar dengan bapanya dan mengembara ke Eropah.

“Beliau pergi ke Eropah ketika perang Amerika-Sepanyol sedang berlangsung. Ketika itu, beliau melihat ramai orang gemar makan coklat kecil yang disaluti cengkerang gula-gula.

“Mars merasakan produk ini perlu dibawa pulang ke Amerika tetapi tidak mahu berkongsi dengan bapanya.”

Tindakan itu dipercayai kerana hubungan mereka yang masih keruh akibat pertengkaran yang berlaku sebelum ini.

“Maka, beliau membuat keputusan untuk berhubung dengan pesaing bapanya, Hershey,” katanya.

Mars seterusnya bekerjasama dengan Bruce Murrie untuk menghasilkan coklat sedap ini dan menamakannya sebagai Mars and Murrie (M&M).

Claire turut menambah sebab bagaimana jenama M&M boleh melonjak naik sewaktu Perang Dunia Kedua.

Katanya, sewaktu Perang Dunia Kedua, M&M telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan untuk membekalkan produk ini kepada pihak tentera.

@condimentclaire

Replying to @Tweb212 m&m family drama!!! 🍫

♬ original sound – Claire

Bermula daripada saat itu, produk ini terus berkembang ke serata dunia dan kekal bertahan sehingga ke saat ini.

BACA: Uncle Roger Lega, One Piece Tarik Balik “Strike” Ke Atas Video “Review” Kari Jepun Sanji

Sumber: @condimentclaire via TikTok, Yahoo UK

The post Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Sebenar Huruf M&M Pada Coklat Terkenal appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *