maksud label berwarna

Bukan Saja-Saja, Ini Rupanya Maksud Di Sebalik Label Bulatan Berwarna Pada Pek Makanan

Dalam dunia perniagaan makanan, hampir keseluruhan syarikat menggunakan teknik pembungkusan pada produk mereka.

Kebiasaannya, pembungkusan makanan bertujuan untuk memastikan makanan tersebut tahan dalam tempoh yang lama. Sebagai contoh, kaedah ini sering diaplkasikan kepada makanan ringan atau jajan.

Kebanyakan pek makanan ini mempunyai pelbagai corak warna dan rupa yang menarik perhatian ramai. Jika anda perhatikan pada setiap sudut pek makanan ini, pastinya terkandung tarikh luput, kandungan makanan dan pelbagai info lain.

Namun, tahukah anda apakah maksud di sebalik label warna yang terdapat pada belakang bungkusan ini? Apatah lagi, ia mempunyai pelbagai warna.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian di bawah.

Rupanya Ini Maksud Label Warna Pada Pek Makanan

Gambar: Twitter / jameslunderwood

Tentunya ramai yang tertanya-tanya apakah maksud di sebalik label warna yang terdapat pada pek makanan. Lebih-lebih lagi ia mempunyai pelbagai warna.

Jawapannya adalah sebagai rujukan kepada proses pencetakan reka bentuk pada bungkusan makanan. Label warna ini bertindak menentukan sama ada pek tersebut mematuhi skema warna yang diperlukan untuk produk.

BACA JUGA: Ada Fungsi Tersendiri, Ini Maksud Kod Warna Pada Tiub Ubat Gigi

Sekiranya berlaku sebarang isu, label warna membolehkan kakitangan dan mesin pencetak membuat semakan terhadap pek makanan. Ia termasuk dari segi kurang atau lebih warna.

Warna Asas

Gambar: ALAINA DIGIACOMO/RD.COM

Menurut Reader Digest, label warna ini juga dipanggil “blok warna pencetak” atau “tampalan kawalan proses”.

Lazimnya, label warna ini berbentuk bulatan atau segi empat sama pada pek bungkusan dengan warna asas seperti hitam, cyan (biru-hijau), magenta dan kuning.

Warna ini menjadi asas kepada kebanyakan warna yang dihasilkan oleh mesin pencetak.

Pakar Jurutera Pencetakan, Meg Schiraldi berkata, label tersebut sebagai rujukan dalam pencetakan pek lain. Walau bagaimanapun, sesetengah pencetak mempunyai warna tambahan seperti oren, hijau dan ungu. Ia bertujuan untuk membantu mereka memadankan warna sukar dihasilkan seperti oren Home Depot dan ungu FedEx.

“Apabila pembungkusan dicetak, juruteknik menggunakan label warna untuk memeriksa sama ada dakwat cetakan adalah warna dan kualiti yang tepat.

“Mereka juga akan membuat perbandingan warna dengan pek makanan yang dicetak di seluruh dunia untuk memastikan warna jenama yang dicetak adalah konsisten,” katanya.

Menarik bukan? Semoga bermanfaat!

Sumber: Mental Floss, Reader Digest

The post Bukan Saja-Saja, Ini Rupanya Maksud Di Sebalik Label Bulatan Berwarna Pada Pek Makanan appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *