Siapa sangka sewaktu sedang mengambil wuduk untuk menunaikan solat, ia adalah satu alaman terakhir buat kanak-kanak 8 tahun yang dikenali sebagai Gian Septiawan Ardani ini apabila maut dihempap dinding di Masjid Raya Lubuk Minturun, Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

Difahamkan, ia angkara saudaranya sendiri yang berumur 13 tahun melakukan aksi freestyle motor tetapi hilang kawalan sampai melanggar dinding sebelum menghempap mangsa.

Artikel Berkaitan : “Rare weh!” –  Netizen Kagum Kanak-Kanak Bangsa Cina Fasih Bahasa Tamil

Artikel Berkaitan : Angkara Tercekik Anggur, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Lepas 10 Hari Dirawat

Kejadian ini tular menerusi video daripada rakaman kamera litar terutup memaparkan Gian bersama seorang lagi rakannya sedang mengambil wuduk sebelum dinding runtuh akibat pelanggaran itu.

Screenshot 2023 09 21 152009

Dinding tersebut runtuh di ata kepada Gian sementara rakannya sempat mengelak bongkah konkrit tersebut. Gian terus dikejarkan ke hospital dan dia disahkan meninggal dunia kerana pendarahan di kepada dan kehilangan banyak darah.

Seorang inspektor polis trafik tempatan di Padang mengesahkan, insiden membabitkan motosikal Yamaha Mio Sporty itu berlaku kira-kira 3 petang, Isnin lalu. Sementara itu, pelaku kini telah ditahan oleh pihak polis dan siastan kini sedang dijalankan.

Sumber : Kumparan.com

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *