Roti Gardenia, kicap botol mini, bahulu dan tuala kecil merupakan antara hadiah cenderahati atau door gifts yang selalu menjadi pilihan pengantin untuk diberikan kepada tetamu yang hadir ke majlis kenduri mereka.

Selain itu, ada juga yang suka bagi jajan dan air kotak yang dibungkus comel dan paperbag kan.

Namun, bagi pasangan majlis perkahwinan di Indonesia pula, mereka mempunyai idea yang lebih unik untuk dijadikan door gift kahwin sebab mereka menawarkan pelbagai jenis sayur-sayuran kepada tetamu!

Artikel Berkaitan : “Ni kawin ke expo ni” – Tak Nak Kalah, Majlis Kahwin Ni Ada 19 Buah Khemah

Dalam sebuah video TikTok yang dikongsikan oleh akaun kamaniya.organizer,

@kamaniya.organizer

Definisi hemat 3 hari gak ke pasar ye buu 😝 #weddingtiktok #pasarsayur #weddingjawa #konseppernikahan #trendtiktok

♬ Bercyandya – DJ Bombompret

Dalam video yang berdurasi selama 55 saat itu, dapat dilihat pelbagai jenis sayuran telah diletakkan seperti di pasar, dan tetamu majlis yang hadir boleh memilih sendiri sayuran dan jumlah sayur yang diinginkan oleh mereka sebelum memasukkannya ke dalam beg plastik yang telah disediakan oleh pihak pengantin.

Ada yang menyifatkan majlis kahwin itu seperti sedang berada di suasana sebuah pasar sayur.

7 3

Idea cenderhati majlis perkahwinan yang lain dari yang lain itu sudah tentu telah menjadi perhatian netizen di TikTok dan ramai yang berpendapat idea ini lebih baik daripada hadiah door gift yang pelik-pelik sebab sayuran ini sangat berguna untuk seisi keluarga tetamu.

Untung tetamu majlis ini kan, dah makan kenyang-kenyang dekat kenduri, lepas balik rumah boleh masak sup sayur kegemaran pula. 

Sumber: TikTok @kamaniya.organizer

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *