Banyak perkara yang berlaku tanpa disengajakan, meskipun begitu kita seharusnya lebih peka dengan situasi dan sentiasa beringat-ingat.

Seperti yang terjadi baru-baru ini, seorang pengusaha butik pengantin meluahkan rasa kecewanya apabila pelamin yang disewakan kepada pelanggan dipulangkan semula dengan kotoran darah haid di kerusi.

Perkongisan itu dimuat naik di Facebook, Butik Pengantin Terengganu dan disebabkan kerusi pelamin itu berwarna putih, kekotoran itu lebih jelas kelihatan.

“Salam sayang-sayang, untuk peringatan semua saya wakil dari bridal seluruh malaysia. Sesiapa yang sedang uzur ketika majlis tu pastikan awak tidak bocor ya kalau nak duduk atas kerusi baldu pelamin.

Ini bukan hasil dari pengantin tetapi dari orang lain yang duduk bergambar, kalau darah kering payah nak cuci ya sayang.

Tolonglah kerusi ini boleh tahan jugak harganya, untuk peringatan kita semua, harap maklum,” tulisnya.

Pengusaha butik pengantin itu berkata kemungkinan besar kekotoran itu berkemungkinan daripada tetamu majlis yang hadir dan bukan dari pengantin.

Bagaimanapun, pengusaha itu tidak menghentam mana-mana pihak, sebaliknya dia dilihat memberi peringatan kepada semua agar lebih berhati-hati.

“Aduh, naya!” 

Perkara itu sudah pastinya menarik perhatian netizen lebih-lebih lagi pengusaha atau pemilik bridal yang berkemungkinan besar boleh menghadapi perkara yang sama.

Cats 3

Allahu, girls dekat luar sana, hati-hati ya, kesian orang lain…

Baca: Liat Bayar Duit Kutu, Pengantin Tahan Malu ‘Diserang’ Atas Pelamin

Cover

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *