bapa travel cari rezeki lalamove

“Bila Penat Kerja, Saya Tengok Gambar Keluarga,” Bapa Travel Lebih 300km Sehala Cari Rezeki Keluarga

Ibu merupakan insan yang sentiasa dikenang jasanya kerana telah meminjamkan rahimnya untuk kita, insan bergelar “anak” berteduh sebelum mengenal dunia.

Tidak dilupakan juga, pengorbanan seorang lelaki gagah perkasa bernama “Ayah” dalam menyediakan seluruh keperluan asas malah lebih.

Meskipun jarang bersama di rumah dek keluar sewaktu Subuh hingga terbenam matahari, namun jauh di sudut hati mereka mahu meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Walaupun kasih tidak diungkap dengan kata-kata, ia diterjemahkan dalam bentuk titisan peluh. Senyuman di raut wajah keluarga menjadi pengubat penat lelah insan bergelar ketua keluarga.

Menjelang tanggal 16 Jun, ia menjadi hari yang penuh bermakna buat mereka yang memegang gelar seorang “Bapa” kerana hari tersebut adalah Hari Bapa.

Sanggup travel lebih 300km demi rezeki buat keluarga

bapa travel cari rezeki lalamove

Mukhsin bekerja sebagai seorang pemandu van 7 kaki. Meskipun ahli keluarga menetap di Mersing, dia bekerja sepenuh masa sebagai pemandu Lalamove di sekitar Skudai.

Kongsinya, menjadi lumrah kepada lelaki untuk menjanjikan kebahagian dan keselesaan buat isteri dan anak-anak di rumah.

Walaupun berjauhan dengan mereka, namun ia sudah menjadi kewajipannya untuk mencari rezeki halal untuk dibawa pulang.

BACA: Majikan Lebih Suka Graduan Kemahiran, Kebolehpasaran Lebih Tinggi Dari Lepasan Universiti?

“Bangun pagi, sarapan, ambil job dalam aplikasi Lalamove, terus gerak dari rumah. Kadang-kadang hampir tengah malam baru sampai rumah. Anak-anak semua dah tidur.”

Kawasan Skudai ke Ulu Tiram seolah-olah menjadi taman permainan buatnya kerana sudah arif selok belok di sana. Dia pulang ke rumah seawal jam 5 petang sekiranya tiada kerja.

Jika ia melibatkan penghantaran jarak jauh ke ibu negara, dia akan pulang lebih lewat sekitar jam 11 malam.

Dalam seminggu, Mukhsin akan mengambil dalam tiga atau empat pesanan jarak jauh

“Kadang-kadang jika saya ambil pesanan jarak jauh ke Kuala Lumpur, saya akan berehat di sana dalam dua hari.

“Saya suka ambil pesanan jarak jauh kerana di ibu kota memang job sangat meriah. Terlampau banyak. Paling tinggi pendapatan saya pernah dapat dengan penghantaran jarak jauh adalah RM500. Memang syok kerja!”

Walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk mengenal pasti hotspot, namun dia mula memahami selok-belik pekerjaannya sejak kali pertama bekerja.

Mudah ja nak dapatkan job dengan Lalamove

“Bagi saya, kita kena sentiasa online dalam aplikasi Lalamove Driver. Sebab kadang-kadang job berjadual akan masuk dalam aplikasi pada waktu malam.

“Setiap malam sebelum tidur, saya akan terus terima pesanan berjadual. Jadi esoknya, saya akan terus hantar pesanan tersebut. Tidak perlulah saya menunggu pagi-pagi untuk pesanan saya masuk.”

bapa travel cari rezeki lalamove

Sebagai ketua keluarga, meninggalkan anak-anak yang masih kecil, 11 dan 9 tahun bersama isteri di rumah adalah satu keputusan yang berat.

Apatah lagi kadangkala dia tidak pulang rumah kerana urusan kerja. Hanya gambar keluarga menjadi pengubat rindu dan tulang belakangnya ketika bekerja.

“Kadang- kadang semasa buat job, saya akan telefon isteri untuk mendapatkan kata-kata semangat.”

Sebelum ini, Mukhsin bekerja bersama isteri dalam bidang perniagaan. Namun ia ibarat air laut, ada pasang surutnya.

Jadi dia mengambil keputusan untuk mencuba perkara baharu dengan mendaftar sebagai pekerja selepas melihat iklan di Facebook.

Namun, siapa sangka Lalamove kini menjadi lubuk rezekinya untuk menyara keluarga hingga kini.

BACA JUGA: OKU Warga Emas Hasilkan Cenderamata Daripada Origami Untuk Tambah Pendapatan

Luah bapa dua anak itu, dia berharap agar mampu mengubah nasib hidup keluarganya ke arah yang lebih baik. Lebih-lebih lagi dia berasal dari keluarga yang kurang bernasib baik.

“Untuk ibu bapa saya, saya harap mereka sentiasa sihat untuk lihat saya berjaya dalam hidup.

“Untuk isteri dan anak-anak saya pula, saya nak mereka juga sentiasa bahagia dan sihat. Saya tak nak mereka sedih. Biar saya sahaja yang sedih. Saya nak mereka sentiasa gembira.”

bapa travel cari rezeki lalamove

Bertopengkan senyuman diraut wajah, siapa tahu tersembunyi segala penat lelah harian jauh di sudut hati dalam memastikan kelengkapan dan keselesaan keluarga.

Bersempena Hari Bapa yang bakal tiba ini, mari hargai kita jasa para bapa di luar sana terutamanya mereka yang telah lama berjauhan dengan keluarga, sambil mencari pekerjaan seperti pemandu Lalamove di sini, untuk mempunyai lebih waktu fleksibel bersama keluarga.

Selamat Hari Bapa!

The post “Bila Penat Kerja, Saya Tengok Gambar Keluarga,” Bapa Travel Lebih 300km Sehala Cari Rezeki Keluarga appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *