Pergilah ke serata dunia sekalipun, tiada siapa yang mampu menandingi keenakan air tangan ibu yang dimasak dengan penuh kasih sayang.

Walaupun masakan mereka nampak biasa sahaja, itu pun sudah membuatkan kita menambah nasi sehingga berpinggan-pinggan.

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Abang Sejuk berkongsi luahan rindunya terhadap air tangan insan istimewa yang digelar sebagai ibu.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Wanita Jamah Lauk Terakhir Arwah Ibu Sambil Menitiskan Air Mata Undang Sebak

Artikel berkaitan: [VIDEO] Ibu Sempat Masak Sebelum Dijemput Ilahi, Anak Sebak Jamah Masakan Terakhir Arwah

Masa kecil teringin makanan orang kaya

Dalam video itu, dia berkongsi pengalaman yang pernah terjadi pada dirinya ketika di sekolah rendah.

@abangsejukofficial

Insha Allah Doa2 Anak mu sentiasa mendampingi kubur mu ibu , ajib sentiasa mendoakan buat mama, in sha Allah moga kita berjumpa lagi di alam sana dan dapat merasa lagi hasil masakan tangan mu mama I Love You #abangsejuk

♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari

Menurutnya, setiap hari ke sekolah akan dibekalkan makanan oleh ibunya. Ketika waktu rehat, dia sering memerhati bekal makanan yang dibawa oleh rakan-rakannya seperti nugget, ayam goreng, kentang goreng yang dirasakan lebih mewah berbanding bekalnya.

Dia pernah meluahkan hasrat untuk merasa seperti makanan rakan yang lain kepada ibunya. Namun, ibunya menjelaskan bahawa makanan yang dibawa rakannya itu tidak langsung menggambarkan makanan orang kaya seperti yang difikirkannya.

Apabila sudah meningkat dewasa, barulah dia mengerti nilai makanan orang kaya yang difikirkannya tidak sesedap dengan nilai masakan daripada air tangan seorang ibu.

“Akan sampai satu masa bila kita dah dewasa, kita rindu masakan air tangan ibu kita. Food review bagi 100 pun tak akan boleh lawan air tangan ibu,” ujarnya sebak.

Katanya, kini dia hanya dapat merindui masakan air tangan ibunya sahaja kerana ibunya telah pun pergi buat selama-lamanya.

“Itulah manusia yang tak reti bersyukur dengan apa yang ada dan sekarang dia bukan hilang makanan malah dia hilang seorang ibu dan dia tidak boleh merasa air tangan seorang ibu,” katanya.

Rindu yang tiada penghujung. Hargailah mereka selagi mereka masih ada…

Sumber: TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *