Bidaan 'M__M

Bidaan ‘M__M’ Sempena Hari Kebangsaan 2023 Bermula 31 Ogos Hingga 4 Sept

PUTRAJAYA, 29 Ogos (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) kenderaan siri ‘M__M’ melalui sistem JPJeBid bermula 31 Ogos hingga 4 Sept ini, sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata NPI diperkenalkan itu, mempunyai tanda indeks yang mempunyai prefiks ‘M’ di hadapan dan sufiks ‘M’ di belakang, yang membawa maksud dan lambang Malaysia Merdeka atau juga Malaysia MADANI.

“NPI itu akan jadi menjadi kenangan dan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2023,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata harga bidaan dalam JPJeBid ialah mengikut harga minima yang telah ditetapkan, iaitu nombor bernilai utama RM20,000, nombor menarik RM3,000, nombor popular RM800 dan RM300 untuk nombor biasa.

“Mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida, mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan,” katanya keputusan bidaan NPI ‘M__M’ akan diumumkan pada 5 Sept ini.

BACA JUGA: JPJ Perak Kutip RM6 Juta Bidaan Plat ‘AMY’

“Kalau beli nombor 1, dia akan jadi M1M. Orang awam dialu-alukan untuk menyertai bidaan NPI sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2023,” katanya serta menambah, bidaan nombor pendaftaran ‘FF’ sebelum ini mencatat keuntungan RM34 juta.

Sementara itu, Loke berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) memperkenalkan siri video ‘wira-wira yang tidak didendang’ yang menggerakkan sektor darat, maritim dan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

“Setiap hari, sistem pengangkutan kita digerak oleh sekumpulan pekerja yang tidak dikenali. Mereka mengendalikan setiap penghantaran, mengatur penerbangan dan mengurus gerabak dengan cermat, supaya barangan dan penumpang selamat tiba di destinasi,” katanya.

Video-video tersebut akan dimuat naik ke akaun Facebook, Instagram dan TikTok Anthony Loke Siew Fook dan Kementerian Pengangkutan dari 28 Ogos hingga 30 Ogos ini.

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 dengan tema ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ akan berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Ini kali kelima Putrajaya menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan. Putrajaya pernah menjadi tuan rumah pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

Sumber: BERNAMA

The post Bidaan ‘M__M’ Sempena Hari Kebangsaan 2023 Bermula 31 Ogos Hingga 4 Sept appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *