Penginapan yang selesa merupakan salah satu perkara yang amat penting ketika bercuti, tidak kiralah berapa bajet yang ingin dihabiskan untuk penginapan, rata-rata bersetuju ianya haruslah selesa dan mempunyai kemudahan yang sepatutnya.

Pun begitu, menurut sebuah posting di TikTok oleh Rie yang menggunakan akaun Crybabytubby telah berkongsi pengalaman ‘pelik’ percutiannya di Johor Bahru yang telah mendapat perhatian warganet baru-baru ini.

Menurut perkongsian tersebut, Rie telah mendaftar masuk ke sebuah rumah perlindungan untuk mereka yang mengalami sakit kronik dan kekurangan upaya atas kesilapan dirinya sendiri yang gagal untuk menyemak review yang pernah ditinggalkan.

Tiktok

Menurut watita tersebut, dia hanya membuat tempahan di Rumah Chesire Johor itu kerana dia dan rakannya ingin memanjangkan percutiannya ke Johor tetapi hotel yang ditempah mereka sebelum itu telah penuh.

Dalam video berkenaan, disertakan beberapa gambar untuk menunjukkan kemudahan-kemudahan serta persekitaran rumah penginapan yang dimaksudkan.

Pada gambar pertama, kelihatan sebuah jalan yang panjang untuk memasuki premis yang menimbulkan keraguan pada Rie kerana ia tidak seperti pintu masuk Airbnb yang lain.

Keraguannya itu kemudian dibuktikan benar apabila dia berjalan masuk ke koridor bangunan yang kelihatan bersih, lapang dan hanya ada beberapa kerusi plastik yang diletakkan di luar bilik.

Turut berkongsikan gambar bilik yang berharga RM186 (anggaran) tersebut, ia dilengkapi dengan dua katil bujang dan satu unit penyaman udara.

Artikel berkaitan : “Paip air dibiar terbuka” – Pemilik Airbnb Kesal Sikap Tetamu Didakwa Sengaja Banjirkan Rumahnya

Artikel berkaitan : “Macam ‘Slenderman’” – Padah Tak Hirau ‘Review’, Satu Keluarga Kena ‘Kacau’ Di Airbnb London

Namun, menurutnya rumah berkenaan ada meletakkan ‘waktu akhir’ untuk keluar atau masuk ke kawasan berkenaan iaitu pada 10 malam, sekiranya lewat dari waktu berkenaan, dia diminta untuk menghubungi pengawal keselamatan untuk membuka pintu pagar utama.

Pun begitu, tambahnya lagi bilik yang ditawarkan tersebut sememangnya selesa, dan dilengkapi dengan sebuah tandas yang luas dan mesra pengguna kerusi roda.

Review 1

Selepas menyemak review yang ditinggalkan, tetamu lain ada menyatakan bahawa Rumah Cheshire Johor tersebut adalah sebuah rumah perlindungan untuk mereka yang sakit kronik.

Tambahnya lagi, ketika menginap di tempat yang dimaksudkan, dia tidak bertemu dengan tetamu lain walaupun terdapat banyak bilik yang tersedia.

Menurut Rie lagi, penginapan tersebut kemudian didapati telah dipadamkan dari platform Airbnb selain pemilik akaun telah memadamkan akaun mereka.

Sumber : TikTok | AsiaOne

Sumber: TikTok
Sumber: AsiaOne

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *