Tidak salah bagi seseorang untuk membuat kebaikan ke atas seorang yang lain, tak kiralah jika orang itu berbeza dari segi bangsa dan agama.

Perkara inilah yang membuatkan negara kita unik kerana rakyatnya yang memiliki sikap prihatin yang tinggi terhadap satu sama lain seperti sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini.

Pemandu van jenazah tolong uncle pasang tayar tepi jalan 

Menerusi video yang dikongsikan Kifayah Group itu, kelihatan seorang pakcik berbangsa Cina sedang menukar tayar kereta miliknya sendirian di tepi jalan sebelum seorang lelaki datang membantu.

Lelaki berkenaan merupakan pemandu van jenazah dan pada awalnya dia agak pelik kenapa jalan di kawasan berkenaan mengalami kesesakan sebelum perasan akan apa yang berlaku kepada kereta milik ‘uncle’ berkenaan.

Terharu dengan bantuan yang dihulurkan, uncle tersebut mengucapkan terima kasih kepada pemandu itu dan bertanya jika dia sudah selesai ‘menghantar’ jenazah selepas perasan akan jenis van yang digunakan.

Eh you mau ‘hantar’ ke? Atau you sudah mau balik?” katanya.

Jenazah

Lebih menarik lagi uncle ini juga mengatakan yang dia tidak takut dengan van jenazah kerana semua orang pun akan mati juga pada akhirnya.

Apa pasal mau takut. Nanti kita semua mati juga,” katanya.

“Dia excited ambil gambar van jenazah, saya mau tunjuk sama kawan” 

Tambah pemilik video ini, para lelaki di luar sana patut ada ilmu menukar tayar ini kerana ia memberi banyak pahala membantu orang dalam kesusahan.

Malah katanya lagi, uncle Cina tersebut juga gembira dengan bantuannya, siap nak ambil gambar van jenazahnya lagi untuk ditunjukkan kepada kawan.

Korang tengok uncle ni. Dia excited ambil gambar van jenazah. Saya mau tunjuk sama kawan (katanya).

“Aku suka buat benda ni. Rasa puas hati sebab dapat tengok dia balik dengan selamat,” katanya lagi.

Pemilik video ini juga memberi nasihat agar mereka di luar sana ringan tulang dalam membantu orang di dalam kesusahan.

Kita permudahkan urusan orang. Allah permudah urusan kita,” katanya.

Video yang telah meraih 91.9K likes dan lebih 4,000 komen itu telah menerima pelbagai pujian daripada netizen yang berharap perkongsian ini menjadi inspirasi buat orang ramai.

Baik

Semoga ia menjadi ikutan ramai. 

Sumber: TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *