Bandar Kitaibaraki banjir besar

Berjaga-jaga Dengan Banjir Besar, Bandar Kitaibaraki Keluarkan Amaran Tahap Lima

Pihak berkuasa Bandar Kitaibaraki di wilayah Ibaraki, Jepun telah mengeluarkan amaran ‘perintah keselamatan kecemasan’ di seluruh bandar itu pada jam 8.40 malam tadi.

Amaran itu dikeluarkan susulan kemungkinan banjir besar yang dijangka akan melanda kawasan berkenaan.

Menurut NHK, amaran yang dikeluarkan merupakan amaran Tahap Lima, iaitu amaran kecemasan tahap tertinggi negara itu.

Orang ramai dinasihat sentiasa waspada dengan perubahan persekitaran

Orang ramai digesa untuk memeriksa persekitaran mereka dan peka dengan perubahan keadaan sekeliling mereka.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Mereka juga perlu bertindak pantas untuk menyelamatkan nyawa dengan bersedia untuk berpindah ke tempat selamat, seperti memanjat bangunan berdekatan atau bukit setinggi rumah dua tingkat.

Ia bagi membantu penduduk bandar itu untuk berada di tempat yang tinggi dan selamat daripada air banjir besar.

バス待ちしてるがバス来ない
ココス滑川店前ヤバいです#台風 #洪水 #日立 #日立市 pic.twitter.com/6m4JB7idxo

— おかわりくん (@kukuru28728185) September 8, 2023

Berita lanjut menyusull

Sumber: NHK

The post Berjaga-jaga Dengan Banjir Besar, Bandar Kitaibaraki Keluarkan Amaran Tahap Lima appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *