perajurit ibu kerusi roda

Berbulan Tak Bertemu Mata, Perajurit Muda Menangis Lihat Ibu Atas Kerusi Roda

Sebagai seorang anak, tentunya kita ingin mengejar impian masing-masing supaya berjaya dalam hidup. Dalam masa yang sama ingin membanggakan ahli keluarga terutamanya kedua ibu bapa kita yang menjadi tulang belakang.

Meskipun dilanda pelbagai cabaran, kata-kata, suara dan wajah mereka menjadi sumber kekuatan dalam meneruskan perjuangan dalam bidang masing-masing.

Baru-baru ini tular satu video pertemuan seorang anak dan ibu setelah sekian lama tidak bertemu selepas tamat menjalani latihan ketenteraan.

Perajurit Terkedu Lihat Ibu Terduduk Atas Kerusi Roda

Menerusi klip yang dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @nrint4nnnn___ memaparkan wanita beruniform berjalan dan menangis setelah melihat keadaan ibunya yang duduk atas kerusi roda.

perajurit ibu kerusi roda
Gambar: TikTok @nrint4nnnn___

“Sorry kakak, terpaksa tipu hang cakap mama sihat sedangkan mama sakit sebab taknak ganggu hang masa hang dalam latihan,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Dia yang ‘terpacak’ di hadapan ibunya terus memeluk erat bidadarinya sambil mengalirkan air mata.

“Mama sihat apa.. Mama sihat lani..mama sihat la,” ucap ibunya dalam klip berdurasi satu minit 19 saat itu.

Sementara itu, seorang wanita berbaju merah jambu cuba menenangkan wanita tersebut.

“Mama jalan tak larat ja,” ujarnya.

Netizen Tumpang Sebak

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak melihat pertemuan kedua beranak tersebut.

Sebahagian warganet meluahkan simpati dengan keadaan itu dan ada juga yang berpandangan bahawa mereka (ahli keluarga) mahu melihatnya mengejar impian terlebih dahulu.

BACA JUGA: Sebak Mengadu Makanan Tak Berkualiti & Waktu Kerja Terlalu Panjang, Anggota Polis ‘Direhatkan’

Berikut antara beberapa komen di platform tersebut;

“Minggu lepas saya balik kampug.. pergi kubur arwah ibu.. arwah abah.. aku pergi cakap.. ibu abah.. apit dah dapat keje baru.. dapat naik pangkat,” komen Muhammad Hafes

perajurit ibu kerusi roda

“Maafkan kami kak…bukan taknak cakap ibu sakit…kadang ibu nak anaknya berjaya dalu..takmau kacau anak yang tengah kejar kejayaan..ibu tau nanti akan terganggu,” tulis BuLat_95.

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 800,000 tontonan dengan lebih 73,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen oleh netizen.

@nrint4nnnn___

sorry kakak 🙏🏻 terpaksa tipu hang cakap mama sihat sedangkan mama sakit sebab taknak ganggu hang masa hang dalam latihan 😌❤ #fypシ #fyp #fypシ゚viral #fypgaknihhhh #intake48 #army #pusasda #tenteradaratmalaysia #rekruttentera #tlpm #warkahcintatentera

♬ original sound – tupaipng_ii – tupaisepet🐿

Sumber: TikTok @nrint4nnnn___

The post Berbulan Tak Bertemu Mata, Perajurit Muda Menangis Lihat Ibu Atas Kerusi Roda appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *