roti canai diiktiraf terbaik dunia

Berada Di Kedudukan Pertama, Roti Canai Diiktiraf Roti Terbaik Di Dunia

Makanan kegemaran rakyat Malaysia, roti canai telah disenaraikan sebagai salah satu roti terbaik di dunia.

Menerusi senarai terkini di laman Facebook Taste Atlas, roti canai Malaysia mendahului senarai dengan berada di tangga teratas dalam carta roti terbaik dunia.

Roti canai telah menerima penilaian 4.9 daripada 5, sama seperti pan de bono dari Columbia yang berada di tempat kedua dalam senarai menjadikan kedua-dua makanan itu terbaik dunia.

Dalam senarai yang dikongsi itu, roti canai turut mengalahkan India yang popular dengan roti naan dan pastri terbaik dunia, iaitu Eropah.

Butter garlic naan dari India pula menduduk tempat ketiga selepas menerima penilaian 4.8 bersama-sama nan-e barbari dari Iran.

Manakala, tempat kelima diduduki oleh Brazil dengan pao de queijo. Tempat keenam pula adalah focaccia di recco col formaggio dari Itali, yang masing-masing menerima penilaian sebanyak 4.7.

Selain itu, baguette dari Perancis di tempat ketujuh, Naan dari India di tempat kelapan, piadina romagnola dari Itali di tempat kesembilan dan tempat ke-10 adalah tarte flambee dari France.

Pengiktirafan tersebut bukanlah yang pertama kali oleh laman antarabangsa itu. Pada Julai lalu, roti canai pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia.

BACA: Ayob Khan Tunjuk ‘Skill’ Tebar Roti Canai, Tidak Kekok & Nampak ‘Pro’

Turut tersenarai dalam makanan jalanan terbaik

Malah pada tahun lalu juga, roti canai telah dianugerahkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia.

Walaupun berkongsi mata yang sama iaitu 4.8 mata, Taste Atlas meletakkan Guotie dari China di tangga pertama sebagai makanan jalanan terbaik di dunia.

Justeru, kedudukan roti canai yang boleh dianggap sebagai soul food rakyat Malaysia di tangga kedua dalam senarai ini tetap membanggakan.

Malah, roti canai juga berjaya mengalahkan beberapa pesaing yang memiliki reputasi yang lebih mendunia. Antara makanan tersebut adalah espestos dari Sepanyol, carnitas dari Mexico, Ban Mi dari Vietnam.

Bukan itu sahaja, roti canai juga berjaya mengatasi makanan jalanan yang lebih popular seperti taco dari Mexico, kaarage dari Jepun dan kebab Turkiye.

Sumber: TasteAtlas/Facebook, Sinar Harian

The post Berada Di Kedudukan Pertama, Roti Canai Diiktiraf Roti Terbaik Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *