Anda perasan tak sejak beberapa tahun lalu, ramai orang berlumba-lumba nak jadi influencer? Salah satu puncanya adalah pengguna media sosial lebih banyak ‘mengangkat’ golongan influencer ini seperti di TikTok, Instagram, X dan Facebook.

Oleh sebab itu, ramai influencer sudah mengembangkan bidang mereka tersendiri sebagai contoh, review makanan, kecantikan, fesyen dan lain-lain.

Artikel berkaitan: 5 ‘Sisi Gelap’ Influencer Yang Ramai Tak Fikir Sebelum Jadi Viral, Betul Ke?

Artikel berkaitan: Konon Bersihkan Pantai, Netizen Bengang Influencer ‘Tertinggal’ Plastik Sampah Lepas Buat Konten

Baru-baru ini tular di media sosial X, seorang netizen ini memuat naik video temu bual teka-teki bendera negeri-negeri di Malaysia. Dalam video yang berdurasi 45 saat itu, ada seorang influencer ditemu bual oleh seorang wanita daripada salah satu portalokat  berita di Malaysia.

Apa yang mengecewakan influencer yang ditemu bual ini tidak dapat mengecam nama bendera negeri-negeri ini! Dia nampak keliru dengan warna bendera yang seakan-akan sama dengan bendera negeri yang lain.

Walaupun wanita itu memberitahu klu teka-teki tersebut, influencer itu masih lagi tidak dapat menjawab soalan yang diberikan.

Belajarlah pandai-pandai..

Hantaran oleh @MalayFoodHunter ini juga menyatakan rasa sedih kerana influencer tersebut tidak tahu nama bendera-bendera di Malaysia. Dia menyimpulkan juga kata-kata Khairul Aming agar nak jadi influencer pastikan belajar pandai-pandai dan sampai habis.

Melihat kepada hantaran ini, kebanyakan netizen meluahkan rasa kecewa kerana pempengaruh dalam video tersebut selalu mengkritik makanan.

Ada yang menganggap influencer itu tidak tahu basic knowledge sebagai rakyat Malaysia seolah-olah dia menjatuhkan food reviewer yang lain.

Bendera 1

Bendera 2

Sumber: X

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *