bekas Ahli Parlimen Thailand

Bekas Ahli Parlimen Thailand Dilarang Sertai Politik Seumur Hidup

Mahkamah Agung Thailand telah melarang bekas Ahli Parlimen Parti Move Forward, Pannika Wanich daripada dunia politik buat seumur hidup, lapor Bangkok Post.

Keputusan itu dibuat berhubung isu gambar yang dianggap tidak menghormati monarki Thailand yang disiarkannya dalam talian pada 13 tahun lalu.

Keputusan yang dibuat siang tadi menyatakan bahawa Pannika didakwa telah melanggar ‘etika standard’ yang tidak menghormati sistem monarki Thailand.

Thailand mempunyai undang-undang diraja yang ketat di mana sebarang kritikan terhadap Raja Maha Vajiralongkorn dan keluarga terdekatnya dilarang sama sekali.

“Mahkamah Agung mendapati beliau gagal mematuhi peraturan ditetapkan bagi individu yang memegang jawatan politik,” kata peguamnya, Krissadang Nutcharat.

“Mahkamah telah melarangnya daripada mendaftar dalam politik sepanjang hayatnya,” tambah Krissadang.

Aduan kes telah difailkan oleh seorang aktivis diraja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara

Srisuwan Janya, seorang aktivis diraja telah memfailkan kes itu dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara pada 2019.

Kes itu dikatakan berhubung siaran Facebook yang disiarkan pada akaun peribadi Pannika.

Srisuwan mendakwa bahawa gambar muat naik Pannika ketika tamat pengajiannya pada 2010 menunjuk ke arah bekas Raja Rama IX adalah sesuatu tindakan yang tidak menghormati monarki.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Menurut Srisuwan, Pannika telah melanggar ‘etika standard’ oleh seseorang yang mempunyai kedudukan politik.

Mahkamah Agung membicarakan berkenaan aduan itu pada hari Rabu.

Dalam kes berasingan, pegawai turut mendakwa Pannika kerana melanggar Akta Jenayah Komputer selepas dia berkongsi puisi lama dalam talian.

Mahkamah menolak tuduhan itu dan memutuskan bahawa puisi itu adalah memfokuskan pada zaman Ayutthaya pada ratusan tahun lalu.

Dalam pada itu, Pannika adalah satu-satunya wanita dalam lembaga eksekutif Parti Future Forward.

Pannika sebelum ini pernah dilarang daripada memegang sebarang jawatan politik selama berdekad berikutan pembubaran parti itu pada 2020.

BACA: Dah Cuba Macam-Macam Perniagaan, Pasangan Tak Sangka Idea Meniaga Nasi Lemak Myvi Merah Berhasil

Sumber: Barrons

The post Bekas Ahli Parlimen Thailand Dilarang Sertai Politik Seumur Hidup appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *