Selalunya, bayi yang baru je berumur sembilan bulan memang masih memerlukan perhatian yang penuh dari ibu bapa dan pada usia begini pun selalunya dorang baru je nak mula merangkak.

Jadi agak pelik bila pada tahun 2014 yang lalu, seorang bayi yang baru berusia 9 bulan di Pakistan telah diminta hadir ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan cubaan untuk membunuh. Biar betul?

Bayi 9 bulan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh

74195159 74195158

Bayi Muhammad Musa Khan merupakan salah seorang dari 30 suspek yang menghadapi pertuduhan cubaan membunuh, mengugut pihak polis dan mencampuri urusan negara selepas satu serbuan telah dibuat oleh pihak polis untuk menangkap suspek pencuri gas di bandar Lahore, Pakistan.

Artikel berkaitan: 4 Selebriti Ini Terlepas Dari Tuduhan Rogol & Bunuh Walaupun Fakta Kes Kuat Sebab…

Artikel berkaitan: Rakyat Pakistan ‘React’ Makanan Malaysia, Anggap Nasi Lemak Sebagai Santapan Diraja

Dikatakan, kesemua suspek tersebut telah mencuba untuk membunuh pegawai polis dengan membaling batu namun bapa kepada bayi tersebut mengatakan ketika itu mereka sedang melakukan protes pemotongan elektrik.

Lebih memeranjatkan, Muhammad Musa Khan ini turut dilihat hadir ke mahkamah pada awal April 2014 dan duduk di atas pangkuan bapanya sambil memegang botol susu. Malah, terdapat video tular menunjukkan bayi ini meraung apabila perlu memberikan cap jari sebelum dia dipujuk oleh atuknya dengan memberikan susu.

Ketika bercakap dengan wartawan di luar mahkamah, atuk bayi ini, Muhammad Yasin telah meluahkan rasa tak puas hati atas apa yang perlu dilalui oleh cucunya itu.

Dia nak angkat botol susu dia betul-betul pun tak reti lagi macam mana dia boleh baling batu dekat polis?”

Menurut The New York Times, beberapa penduduk telah membaling batu ke arah pekerja syarikat gas yang cuba untuk memotong elektrik penduduk di sana yang gagal membayar bil sehingga menyebabkan pihak polis di sana telah mendakwa keseluruhan keluarga ini atas tuduhan cubaan membunuh termasuk Musa.

Selepas tuduhan ke atas kesemua suspek dibacakan, bayi ini telah dibenarkan untuk diikat jamin dan sebutan semula kes telah ditetapkan pada 12 April 2014.

Pertuduhan ke atas Musa digugurkan

714B30Ad 091D 4Ca5 B2C5

Ketika hadir semula ke mahkamah pada 12 April, mahkamah di Pakistan telah menggugurkan dakwaan cubaan membunuh tersebut.

Bayi ini dikatakan telah didakwa selepas penolong sub-inspektor telah membuat aduan mengatakan kesemua keluarga Musa telah memukul dan mencederakan kepalanya.

Pun begitu, pertuduhan ke atas Muhammad Yasin dan tiga orang anak lelakinya akan diteruskan.

Menurut peguam yang mewakili keluarga ini, pertuduhan yang dibuat oleh pihak polis ini adalah salah satu taktik mereka untuk menghalau keluarga ini dan keluarga miskin lain bagi mendapatkan tanah mereka.

Pihak polis sengaja nak tahan budak ni. Dia tahu umurnya, dia tahu benda ni tak masuk akal. Rumahnya sering diserbu dan keluarga ini sering diganggu.”

Tak cukup dengan ini, seorang pegawai polis telah digantung dan siasatan rasmi telah diarahkan untuk dibuat bagi mencari punca bagaimana bayi berusia 9 bulan boleh didakwa dan dianggap terlibat dalam rusuhan tersebut.

Ekoran ini, Muhammad Yasin mengatakan keluarganya terpaksa menyembunyikan diri selepas kes cucunya ini mendapat perhatian seluruh dunia sehingga pihak polis sering menekan mereka untuk menukar cerita bagi mengurangkan tekanan kepada pihak polis.

Alamak tak pasal-pasal je, nasib baiklah dia dah dibebaskan.

Sumber: BBC, NBC

Sumber: The Guardian
Sumber: VOA News

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *