Kerajaan telah menaikkan bayaran untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 sehingga RM 500 berbanding dengan tahun lalu yang memperuntukkan bayaran maksimum sebanyak RM 300 pada tahun lalu.

Menteri Kewangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan sebanyak 26% (RM 2.1 billion) itu adalah usaha untuk membantu sebilangan besar rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Artikel berkaitan : [TERKINI] Pinjaman & Jaminan Pembiayaan Kepada Pengusaha PMKS – PM

Artikel berkaitan : Uncle Kongsi Kisah Peti Suara Dibuang, Kini Bergantung Alat Bantuan Untuk Bercakap

“Setiap kali saya ketemu rakyat, perihal utama diutarakan adalah bebas kos sara hidup yang kian meningkat lebih deras daripada pendapatan. Saya akur akan keperitan ini, justeru kerajaan giat berusaha untuk memastikan bantuan dapat dipertingkat dengan lebih ketara agar masalah ini dapat dileraikan dan tiada rakyat dibelakang di bawah pentadbiran kerejaan Madani.”

Screenshot 2024 01 26 135332

Jelasnya beliau lagi, pembayaran STR Fasa 1 ini akan mula dibuat kepada penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR ke dalam akaun bank mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kateori kelayakan STR masing-masing.

“Selaras dengan pendekatan Ekonomi Madani untuk ‘meninggikan lantai’ dari segi kualiti hidup rakyat. Kerajaan akan mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.”

“Kerajaan Madani sentiasa peka kepada keluhan rakyat dan akan terus menambahbaik STR dalam usaha membantu rakyat dalam berdepan dengan dengan kos sara hidup.”

Setakat ini, seramai 8.23 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024. Walaubagaimanapun angka ini dijangka naik ke hampir 9 juta bagi tahun ini jika diambil kira dengan proses permohonan baharu. Malah kemas kini juga telah dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Sumber : X

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *