Banjir libya beg mayat

Banjir Libya: Penyelamat Rayu Lebih Banyak Beg Mayat Dihantar, Takut Penyakit Berjangkit

Pasukan penyelamat Libya merayu lebih banyak beg plastik mayat dihantar ke Derma selepas bandar itu dilanda banjir dahsyat susulan dua empangan pecah.

Menurut laporan media hari ini, sekurang-kurangnya lebih 6,000 mangsa disahkan terkorban dan lebih 10,000 lagi hilang. Lebih membimbangkan, mangsa-mangsa turut dihanyutkan ke kawasan laut memandangkan bandar tersebut terletak berdekatan kawasan pantai.

Pasukan penyelamat menjangkakan angka korban tragedi itu mungkin boleh mencecah sehingga 20,000 orang. Kota berkenaan dihuni lebih 100,000 ribu penduduk.

Selain memerlukan lebih banyak beg plastik mayat, pasukan penyelamat juga memerlukan bantuan pasukan yang mempunyai kepakaran mengesan jasad mangsa yang terkorban.

Banjir Libya, lebih banyak beg mayat diperlukan

”Kami sebenarnya memerlukan pasukan yang mahir mencari dan membawa keluar mayat-mayat mangsa. Kami bimbang, penyakit boleh merebak di bandar ini kerana masih ada mayat-mayat terperangkap di bawah runtuhan dan terapung dalam air.

”Lebih banyak beg plastik mayat diperlukan,” kata ketua sebuah pasukan penyelamat, Lutfi al-Misrati.

Sementara itu, Menteri Penerbangan Awam Libya, Hichem Abu Chkiouat berkata, banyak mayat mangsa banjir itu turut ditemui berada di kawasan laut.

Beliau berada dalam pentadbiran yang bertanggungjawab mentadbir wilayah timur Libya.

”Mayat ditemui di merata-rata tempat. Di dalam rumah-rumah, di jalan dan juga di laut. Ke mana sahaja kami pergi, kami menemui mayat lelaki, wanita dan kanak-kanak. Seluruh keluarga hilang,” kata Emad al-Falah, salah seorang penyelamat.

Pasukan penyelamat kini juga sedang giat mengebumikan jenazah-jenazah yang sudah selesai diurus bagi mengurangkan risiko penyakit berjangkit.

Menurut The Guardian, mayat-mayat itu ada yang ditanam di dalam kubur-kubur yang besar.

Selain itu, mereka yang terselamat juga memerlukan bantuan-bantuan lain, antaranya bantuan pakaian dan makanan serta air minuman yang bersih.

Mereka juga memerlukan hospital sementara dibuka di kawasan bencana bagi memberi rawatan segera kepada mangsa yang cedera.

Setakat ini, dua buah hospital yang berada di kawasan itu sudah sesak dengan pesakit.

Dalam pada itu, beberapa buah negara terutama yang berjiran dengan Libya sudah pun menghantar bantuan termasuk pasukan penyelamat. Antaranya adalah Mesir, UAE, Turkiye, Tunisia dan Qatar.

Manakala, Turkiye turut menghantar sebuah kapal bantuan untuk membuka dua buah hospital medan beserta 148 kakitangan perubatan.

BACA: Meremang, Beruang Dirakam Merayau & Heret Cacing Pita Panjang Keluar Dari Punggungnya

Sumber: The Guardian

The post Banjir Libya: Penyelamat Rayu Lebih Banyak Beg Mayat Dihantar, Takut Penyakit Berjangkit appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *