Situasi kehilangan anak sememangnya membuatkan ibu bapa panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan selain ikhtiar membuat pencarian.

Tular di media sosial mengenai seorang gadis berusia 15 tahun yang didakwa sudah 13 hari tidak pulang ke rumah.

Menerusi perkongsian seorang wanita di TikTok yang dipercayai kakak kepada gadis terbabit, dia menyatakan tiga laporan polis sudah dibuat namun belum ada sebarang petunjuk menyatakan lokasi adiknya berada.

Artikel berkaitan: Remaja Perempuan 17 Tahun Dilarikan BF, Tinggal Dalam Stor Besi Buruk Selama 11 Bulan

375792280 1974590999576729 6906650400982977631 N

Ujarnya, setiap kali menerima khabar tentang keberadaan adiknya, ibu dan bapanya akan segera bergegas ke lokasi dinyatakan walaupun pada tengah malam.

“Jangan ajarkan ibu ayahku erti kesabaran, mereka sanggup berulang alik dari Kluang ke Simpang Renggam turun ke kelapa sawit Kulai semata-mata untuk mencari adik aku yang dah 13 hari tak balik rumah,” tulisnya.

Screenshot 2023 09 07 175855

Artikel berkaitan: Dengar Suara Tapi Tak Nampak Orang, Ini Kronologi Kisah Pelajar Tahfiz Hilang 4 Hari Dalam Kebun Getah

“Balik la, mama papa risau…”

Ibu kepada gadis hilang itu turut memuat naik beberapa hantaran di Facebook meminta bantuan orang ramai untuk mencari anaknya.

“Balik la kak lily mama papa risau.. Tak tau akak duduk mana, makan apa. Tak ada siapa-siapa pun yang marahkan kakak,” katanya.

Difahamkan, kali terakhir gadis bernama Dinna Ismalaily dilihat orang ramai di sebuah stesen minyak Caltex Renggam Jaya menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira.

Sumber: Facebook, TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *