Kembara Kenali Borneo yang bermula dari Tawau, Sabah masih lagi diteruskan sehingga hari ni di Sarawak. Sejak itu, bermacam-macam video telah pun tular di media sosial menceritakan tentang dua insan yang berjiwa rakyat ini mencemar duli bersama rakyat di negeri-negeri Borneo.

Artikel berkaitan: “Muka ori ni”- [VIDEO] Agong & Raja Permaisuri Mencemar Duli Turun Sendiri Untuk Cop Pasport

Artikel berkaitan: “Terima kasih tunggu” – Rakyat Sabah Sanggup Berhujan, Raja Permaisuri Agong Doakan Tidak Demam

Semalam, tular lagi video memaparkan seorang lelaki sempat menghadiahkan set KFC kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang kebetulan lalu di hadapan restoran makanan segera itu.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @shhezwn memaparkan seorang lelaki yang juga kakitangan KFC itu belanja set makanan KFC kepada kedua-dua baginda!

@shhezwn

#kembarakenaliborneo #fyp #kfc #niah #sarawak #agongkita #malaysiatiktok

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Dapat dilihat dalam video itu, pada awalnya sekumpulan pekerja KFC dan orang awam turut menanti ketibaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di bawah terik matahari. Tidak lama kemudian, konvoi baginda lalu di kawasan tersebut.

Setelah lelaki itu memberikan bungkusan KFC itu melalui tingkap kereta, baginda Agong mengucapkan terima kasih sebelum menyerahkannya kepada Raja Permaisuri Agong. Dapat dilihat wajah Raja Permaisuri Agong begitu gembira menerima hadiah daripada rakyat Sarawak. Baginda Agong juga turut berkenan bersalaman dengan mereka yang di situ.

Video yang telah tular itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata mereka memuji tindakan lelaki tersebut dan ada juga yang terhibur dengan reaksi lucu Raja Permaisuri Agong setelah menerima bungkusan KFC itu.

Kfc 1

Kfc 3

Kfc 2

Wah! Untungnya rakyat Sarawak siap boleh belanja Agong kepci!

Sumber: TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *