Bukan mudah nak pelihara kucing atau apa-apa haiwan peliharaan lain di rumah sebab sebagai tuan, kita perlu lah menjaga kebajikan haiwan tersebut, contohnya beri makanan kepada haiwan setiap hari dan membersihkan najisnya jika ia buang air.

Seperti seorang bapa di China ini yang berlakon menjadi kucing apabila anak perempuannya meminta untuk memelihara kucing.

Difahamkan, bapa itu mungkin berbuat demikian untuk memberi gambaran kepada anaknya apa yang akan berlaku jika mereka memelihara kucing.

Artikel Berkaitan : “Oyen paling warak” – [VIDEO] Kucing Atas Kepala Atuk Jadi Perhatian Ramai Di Ekspo Kucing

Dalam video yang tular di TikTok, bapa tersebut telah berlakon menjadi kucing dengan merangkak di atas kabinet dapur dan menolak sebiji mangkuk sambil diperhatian anaknya.

@137601900qq

8月21日,山东济南。女儿想养猫,父亲亲身示范养猫后果,不能说惟妙惟肖,只能说一模一样。

♬ 原聲 – 丽丽

Selain itu, dia turut menggunakan tangannya untuk ‘bermain’ dengan air paip di sinki seperti yang selalu dibuat oleh kucing.

1 4 1

Lagi kelakar, dia turut merangkak di atas sofa sambil membuat bunyi seperti kucing.

2 3

Tindakannya berlakon menjadi kucing itu telah membuatkan anaknya berpaling ke arah lain, mungkin sebab dah penat dengan gelagat ayahnya itu.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat bapa itu yang gigih berlakon menjadi seekor kucing.

Kalau nak pelihara kucing ni memang kena banyak bersabar sebab ada je gelagat kucing yang boleh buat kita pening kepala. 

Sumber: Mothership.sg 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *