Nattome & UCSI University Dedah Hasil Kajian Klinikal Sulung Malaysia, Keberkesanan Kacang Soya Tertapai Untuk Kesihatan Usus

Nattome & UCSI University Dedah Hasil Kajian Klinikal Sulung Malaysia, Keberkesanan Kacang Soya Tertapai Untuk Kesihatan Usus
Kuala Lumpur, 16 Julai 2024 – Nattome, pakar kesihatan usus, telah menjayakan sesi The Gut Show versinya yang melibatkan perkongsian pakar dan pengumuman hasil kajian klinikal pertama di Malaysia tentang keberkesanan kacang soya tertapai untuk kesihatan usus – yang dilaksanakan dengan kerjasama UCSI University.

Kehidupan dalam dunia moden hari ini yang semakin sibuk dan pantas hakikatnya menyebabkan stres, amalan gaya hidup kurang baik dan pemakanan yang tidak seimbang – yang meningkatkan risiko mengalami masalah gastrousus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati bahawa 1 daripada 3 orang mengalami gangguan penghadaman pada sesuatu masa. Laporan media menunjukkan bahawa penyakit usus berada di tangga ke-4 secara keseluruhan sebagai punca utama kemasukan ke hospital swasta di Malaysia pada 2021.

Memandangkan 70% daripada sistem imun kita berada dalam usus, ..

Remaja Hilang Sejak Isnin, Polis Kesan Nurul Fatihah

Remaja Hilang Sejak Isnin, Polis Kesan Nurul Fatihah

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun bernama Nurul Fatihah Abdullah dilaporkan hilang sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubungan kehilangan itu pada Rabu, jam 8.40 malam.

Menurut beliau, terakhir kali Nurul Fatihah dilihat di rumahnya pada Isnin, jam 5.30 petang, di alamat Jalan PJU 7/8, Desa Temuan Damansara Perdana.

“Remaja perempuan ini mempunyai ketinggian 170 sentimeter, berkulit hitam manis, anak mata berwarna coklat serta bibir nipis.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor kes orang hilang – KPN
Baru-baru ini, semakin banyak kes kehilangan dilaporkan berlaku.

Justeru itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, orang awam tidak perlu menunggu sehingga 24 jam untuk melapo..

AmanahRaya REIT Mengalu-alukan Kolej Universiti ALFA Sebagai Penyewa Jangka Panjang

AmanahRaya REIT Mengalu-alukan Kolej Universiti ALFA Sebagai Penyewa Jangka Panjang
Kuala Lumpur, 18 Julai 2024 – AmanahRaya Real Estate Investment Trust (“AmanahRaya REIT”) hari ini mengumumkan bahawa Pemegang Amanahnya, Pacific Trustees Berhad, telah menandatangani perjanjian penyewaan jangka panjang dengan ALFA International College Sdn Bhd (“ALFA”) untuk hartanahnya di Subang Jaya, Selangor.

Perjanjian dengan ALFA bertepatan dengan tamatnya perjanjian penyewaan dengan Kolej Segi pada 28 Februari 2024.

Ini menandakan satu lagi pencapaian penting bagi AmanarahRaya REIT dalam usahasama dengan institusi terkenal dengan program seni cemerlang yang berada di antara institusi pendidikan pilihan di Malaysia.

Perjanjian penyewaan dengan ALFA merangkumi tempoh sewaan selama 18 tahun pada pengaturan sewaan bersih dan dijangka mula beroperasi pada suku keempat tahun ini.

Hartanah ini terletak di kawasan perniagaan komersial Subang Jaya di USJ1, kira-kira 15 kilometer barat daya pusat banda..

Malakat Mall Cyberjaya Umum Penutupan Premis Fizikal, Diskaun Jualan Aset Hingga 70 Peratus

Malakat Mall Cyberjaya Umum Penutupan Premis Fizikal, Diskaun Jualan Aset Hingga 70 Peratus

Malakat Mall yang terletak di Cyberjaya telah mengumumkan penutupan premis perniagaan mereka melalui satu hantaran di laman Facebook rasmi.

Pengasasnya, Mohd Fadzil Hashim, menyatakan bahawa Malakat Mall akan beroperasi buat kali terakhir pada Rabu, 31 Julai 2024.

Susulan penutupan ini, Fadzil mengumumkan penjualan aset dengan diskaun sehingga 70 peratus, yang akan berlangsung dari 20 Julai hingga 31 Julai 2024.

Menyoroti sejarahnya, Malakat Mall, yang mendapat sokongan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM), adalah platform perniagaan tanpa sewa pertama di Malaysia.

Dibuka pada 13 Mac 2020, gedung ini terpaksa menghadapi pandemik COVID-19 hanya lima hari selepas mula beroperasi.

Difahamkan, terdapat banyak cabaran terpaksa dihadapi dalam tempoh 4 tahun ini terutamanya selepas endemik.

Perniagaan F&B pindah ke bangunan Casa DeMadani dikenali Restoran “RumahMakan”, unit peru..

“Nak Makan Mana?” – Soalan Paling Susah, Tapi Anda Cuma Perlu Faham ‘PoC’

“Nak Makan Mana?” – Soalan Paling Susah, Tapi Anda Cuma Perlu Faham ‘PoC’

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa soalan semasa peperiksaan seperti SPM atau ujian akhir di universiti adalah yang paling susah.

Namun, sebenarnya ada satu soalan yang lebih mencabar untuk rakyat Malaysia, terutama sekali kaum wanita. Soalan itu berbunyi, “Nak makan mana?”

Bila keluar dengan keluarga, kawan-kawan atau pasangan, soalan ini sering kali menjadi punca perbincangan yang panjang dan kadang-kadang membingungkan.

Jawapan untuk soalan ini jarang datang dengan mudah atau cepat, betul tak?

Tapi, pernah tak anda tertanya-tanya, mengapa soalan “Nak makan mana?” sering menjadi pencetus otak berputar ligat, memaksa minda berlayar dalam lautan pilihan tanpa noktah?

Aiman, seorang pakar psikologi klinikal, menerusi laman X, berkongsi tentang istilah psikologi yang dikenali sebagai “The Paradox of Choice (PoC)”.

Istilah ini merujuk kepada situasi di mana terlalu banyak pilihan menyebabkan kesukaran untu..

Malakat Mall Cyberjaya Umum Penutupan, Diskaun Jualan Aset Hingga 70 Peratus

Malakat Mall Cyberjaya Umum Penutupan, Diskaun Jualan Aset Hingga 70 Peratus

Malakat Mall yang terletak di Cyberjaya telah mengumumkan penutupan premis perniagaan mereka melalui satu hantaran di laman Facebook rasmi.

Pengasasnya, Mohd Fadzil Hashim, menyatakan bahawa Malakat Mall akan beroperasi buat kali terakhir pada Rabu, 31 Julai 2024.

Susulan penutupan ini, Fadzil mengumumkan penjualan aset dengan diskaun sehingga 70 peratus, yang akan berlangsung dari 20 Julai hingga 31 Julai 2024.

Menyoroti sejarahnya, Malakat Mall, yang mendapat sokongan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM), adalah platform perniagaan tanpa sewa pertama di Malaysia.

Dibuka pada 13 Mac 2020, gedung ini terpaksa menghadapi pandemik COVID-19 hanya lima hari selepas mula beroperasi.

Difahamkan, terdapat banyak cabaran terpaksa dihadapi dalam tempoh 4 tahun ini terutamanya selepas endemik.

Perniagaan F&B pindah ke bangunan Casa DeMadani dikenali Restoran “RumahMakan”, unit peruncitan beralih ..

Penjaga Gol Paling Santai, Gelagat Abam Cuit Hati Warga Maya

Penjaga Gol Paling Santai, Gelagat Abam Cuit Hati Warga Maya

Sukan futsal kini semakin terkenal kerana ia lebih ringkas dan memerlukan lebih sedikit pemain serta keluasan padang berbanding bola sepak.

Dengan hanya empat pemain dan seorang penjaga gol bagi setiap pasukan, permainan sudah boleh dimulakan.

Futsal juga lebih mudah diurus dan tidak terlalu memenatkan bagi pengadil yang perlu mengikuti pergerakan pemain, menjadikannya sangat sesuai untuk kanak-kanak.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan gelagat seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai ‘Abam’, yang begitu santai ketika bertugas sebagai penjaga gol pasukannya.

Sukan anjuran prasekolah ini mendapat perhatian warga maya dengan telatah Abam yang begitu yakin tidak akan ada sebiji bola pun perlu ditepisnya.

@abamsyahmin
Masuk kemain semangat, bila dah main dia boleh santai tangan dalam poket #futsal5tahun #futsalkanakkanak

♬ Ho no no no 1 – la roca

Dalam video tersebut, Abam kelihatan sangat bersemanga..

Diskaun Saman PDRM Di Pelancaran Bulan Kebangsaan Di Cyberjaya

Diskaun Saman PDRM Di Pelancaran Bulan Kebangsaan Di Cyberjaya

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50 peratus pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, di Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor, Ahad ini.

Jabatan Penerangan menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program bermula 9 pagi hingga 4.30 petang, tertakluk kepada terma dan syarat.

Selain itu, Jualan Kombo Agro MADANI oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jualan Ehsan Rahmah MADANI akan turut diadakan, menawarkan pelbagai produk pada harga murah antaranya ayam, ikan, daging, telur, minyak masak botol 5 kilogram (kg) dan beras 5 kg.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang berkonsepkan karnival rakyat, dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merupakan wadah untuk terus menyuburkan ..

Malaysia Duduk Tempat Pertama Destinasi Pilihan Pelancong Dari China

Malaysia Duduk Tempat Pertama Destinasi Pilihan Pelancong Dari China

Musim panas yang melanda China telah mendorong peningkatan ketara dalam aktiviti pelancongan warganya, menurut laporan terkini daripada China Matters.

Dengan itu, Malaysia menduduki tempat pertama, muncul sebagai destinasi pilihan pelancong dari China, menurut senarai yang dikongsikan.

Kredit: China Matters via Facebook
Data yang dikumpulkan melalui platform pelancongan dalam talian, Qunar, tempahan penerbangan untuk perjalanan keluar musim panas ini telah melonjak sebanyak 1.6 kali ganda berbanding tahun lepas, dengan harga tiket turun kira-kira 20 peratus tahun ke tahun, lapor China Matters.

Menurut laporan tersebut juga, Jepun menduduki tempat kedua sebagai destinasi pilihan pelancong China selepas Malaysia, diikuti dengan Thailand (ke-3) dan Amerika Syarikat (ke-4).

Korea Selatan, yang dikenali dengan daya tariknya sebagai negara romantis di Asia, berada di tempat kelima, manakala Singapura menduduki tempat k..

Jenazah Nur Farah Kartini Diserah Kepada Keluarga Hari Ini – KP Selangor

Jenazah Nur Farah Kartini Diserah Kepada Keluarga Hari Ini – KP Selangor

SUNGAI BULOH, 18 Julai (Bernama) — Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah akan diserahkan kepada keluarganya hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau berkata proses bedah siasat termasuk ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan mayat yang ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor ialah Nur Farah Kartini, 25.

Semalam, Hussein dilaporkan berkata jenazah akan diserahkan kepada keluarga bergantung kepada hasil keputusan ujian padanan DNA yang diambil daripada ahli keluarganya oleh Jabatan Kimia.

Sementara itu, abang kepada mangsa Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, berkata jenazah adik bongsunya itu akan disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor di Pekan, Pahang.

“Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan dan butiran lanjut akan kongsi kemudian,” katanya.

Terdahulu, tinjauan di Jabatan For..