Baru-baru ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada membuat perkongsian di laman media sosial miliknya yang menarik perhatian warganet.

Dalam perkongsian itu, Dr Zul dilihat menghantar anaknya yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 7A + 1A ke lapangan terbang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Jordan dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh.

Artikel Berkaitan : Anak Dr Zulkifli Dapat Biasiswa MAIWP Pergi Jordan Tapi Ramai Netizen Persoal?

Artikel Berkaitan : Dr Zulkifli Dedah 6 Masalah Utama Dibuat Matty Healy, Kesal Maruah Negara Dihina

Tidak dinafikan, timbul satu isu mengenai penerimaan anaknya Abdul Syakur mendapat biasiswa MAIWP, namun ada juga tumpuan netizen ke arah lain berkenaan dengan perkongsian ini.

Ketika menjengah ke ruangan komen, dilihat ramai individu yang terutamanya dalam golongan wanita  terpesona melihat Abdul Syakur itu.

Malah, ada juga netizen yang samakan paras rupa Abdul Syakur dengan seorang penyanyi Korea Selatan iaitu Vernon dari kumpulan Seventeen.

Screenshot 2023 09 22 172911 Screenshot 2023 09 22 172928 Screenshot 2023 09 22 173004 Screenshot 2023 09 22 173040 Screenshot 2023 09 22 173108 Screenshot 2023 09 22 173221 Screenshot 2023 09 22 173413 Screenshot 2023 09 22 173524

Laju aja mata netizen ni, hahahaha siap ada yang tawar diri nak jadi menantu. Apapun semoga Abdul Syakur dapat belajar dengan cemerlang dan memberi sumbangan kepada negara satu hati nanti. Insya-Allah.

Sumber : X

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *