Beyoncé merupakan satu nama besar Hollywood yang terkenal dengan lagu-lagunya yang sering mendominasi carta-carta seantero dunia, juga dikenali sebagai Queen Bey, beliau antara penyanyi yang sangat bertenaga di atas pentas.

Penyanyi yang berusia 42 tahun itu kini sedang mengadakan konsert jelajah dunianya yang diberi nama Renaissance World Tour untuk album terbarunya, Renaissance.

Artikel berkaitan: “Kenapa berdiri? Negaraku ke?” – Reaksi Ernie Zakri ‘Marah’ Syamel Ketika Konsert Beyonce Buat Netizen Terhibur

Artikel berkaitan: 7 Syarat Pelik Yang Selebriti Hollywood Tetapkan Sebelum Dibenarkan Jadi ‘Nanny’ Anak Dorang

Pun begitu, sebuah poster yang mempromosikan konsert serta album tersebut mendapat perhatian netizen Malaysia, dek kerana warna serta konsepnya yang kelihatan seakan-akan bendera sebuah parti politik di Malaysia.

Apa yang membuatkan ramai netizen terhibur, bahagian replies ciapan tersebut dipenuhi dengan netizen Malaysia yang menyamakan poster itu dengan bendera parti tersebut sehinggakan ada yang melawak serta mendakwa Beyonce kini adalah salah seorang ahli parti tersebut.

Perkara ini bukan sahaja mendapat perhatian netizen Malaysia, malah admin akaun X tersebut juga tertanya-tanya apakah maksud replies yang ditinggalkan oleh netizen Malaysia itu.

Sebagai info, Renaissance merupakan album studio ketujuh Beyonce dan konsert jelajah dunianya itu bakal tamat pada 1 Oktober ini.

Aduh, laju je netizen ni… 

Sumber: X

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *